BICARA PEMBUKA

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah

“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”

Penubuhan Panji Nusantara bertujuan mengetengahkan perihal mistik & hikmah alam semulajadi anugerah Allah SWT agar dapat mengelakkan salah tanggapan banyak orang didalam aliran keilmuan seperti ini. Mudah-mudahan hal-hal yang sebegini tidak pupus ditelan arus kemodenan & dapat diwarisi oleh generasi seterusnya.

Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.

TEBUS / PINDAH MILIK

Sekiranya tuan/puan berhajat untuk menebus barang hikmat, mistik, semulajadi dan seni yang terdapat didalam laman Panji Nusantara. Sila hubungi / SMS saya terlebih dahulu. Langkah seterusnya sila masukkan jumlah Mahar / Fidyah barang yang dihajatkan kedalam akaun yang tertera di ruang kanan.

Selepas bank in mahar/fidyah/mas kahwin sesuatu barang, sila sms butir transaksi, nama barang, nama penuh, nama ibu, tarikh lahir serta alamat untuk proses pindah milik serta penghantaran. Sekiranya pindah milik dijalankan melalui kaedah batin/jarak jauh, barang yang dipesan akan diterima dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Bergantung pada jenis barang yang ditebus. Barang berqadam memakan masa 2-3 hari untuk proses pindah milik melalui jarak jauh. Bungkusan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU MALAYSIA.

KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.

Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI
Ilmu qadam / khadam / pendamping / dampingan diri untuk dijadikan iringan manusia secara ghaib. Sila KLIK pada gambar GUA untuk maklumat lanjut.

!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!

Ada pengamal ilmu hikmah / pengusaha blog mistik yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya. Hanya beberapa orang sahaja yang saya izinkan iaitu sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Terima Kasih.

" Sang Musafir Panji Nusantara "
Post info

Labels: , , , , ,



Author: Sang Musafir




Telah diwafaqkan bertulis tangan menggunakan tinta emas bersama campuran pelbagai jenis minyak dan bahan untuk tujuan perisai diri. Sesuai untuk mereka yang bekerja melibatkan nyawa dan harta benda. Malang tidak berbau. Asalkan niat yang baik, hasilnya baik. Niat yang jahat, dapat juga yang jahat. Dapat tetap dapat. Berjaya tetap berjaya. Tapi ingatlah akan timbal balik setiap perkara ada balasannya. Selagi tidak menganiaya manusia lain, insyaAllah akan banyak manfaat lainnya. Saya tidak ingin menceritakan asal usulnya secara terbuka. Kerana banyak barang seperti ini yang telah ditiru. Hanya selepas pindah milik, barulah akan saya buka kisahnya agar terpelihara keasliannya dan hak orang yang bertanggungjawab keatasnya.

- Aman dari serangan musuh

- Tahan pukulan senjata melebihi satu hasta apabila tiba masanya
- Gerak silat berdepan ramai musuh ( zikir amalan harus dijaga )
- Aman dari gangguan sihir & jin
- Azimat Penggerun dan penunduk
- Pembuka ilmu musuh terutamanya pengamal ilmu hitam
- Gerak hati dan pandangan yang tajam
- Terjauh dari kecelakaan, kemalangan, kebakaran
- Ilmu pengasih / guna-guna tidak lut pada si pemakai


Pantang Larang tidak boleh dibawa ke tempat kotor, arak, judi, zina, bersih dari hadas besar, jangan riak takabbur dan sombong, tidak boleh bercakap besar dan jangan meninggi diri. Yakin atas bantuan Allah swt semata-mata.


MAHARNYA : RM280.00

SENARAI

SALINAN RESIT PENGHANTARAN

SALINAN RESIT PENGHANTARAN
Ahamdulillah, terima kasih tidak terhingga dan sekalung penghargaan buat tuan-tuan dan puan-puan yang menyokong saya secara langsung dan secara tidak langsung. Setiap mahar penebusan barang di blog ini sebaiknya saya gunakan sebaik mungkin. Disamping usaha membeli beberapa bahan-bahan sejarah berupa artifak dan barang bertuah untuk usaha saya dalam mewujudkan sebuah galeri mistik. Disini saya lampirkan deretan salinan-salinan resit penghantaran yang saya kumpul selama 2 tahun sejak pembukaan blog ini. Dari berseorangan kini ramai yang menyokong usaha saya. Syukur tidak terhingga diatas ruang dan jalan yang dipermudahkan Allah SWT.