PERMATA TERAS RAJA KAYU *Ditebus


Khasiat Raja Kayu, diakui ramai kegunaannya dari sudut pakaian diri & perubatan tradisional. Ramai yg memburu Raja Kayu kerana khasiatnya dari sudut ilmu pertempuran. Seorang tukang senjata yg saya kagumi, sering menasihatkan pelanggannya utk menyelitkan beberapa teras kayu kedalam hulu keris / parang utk kegunaan semangat pertempuran (berani), penggerun dan penunduk musuh. Wallahua'lam... Jika perkara ini karut, masakan datuk nenek kita yg tinggi ilmunya, menggunakannya sejak dari dahulu lagi? Hanya sebutir sahaja buat masa ini utk dimaharkan. Gambar diatas menunjukkan Teras raja kayu yg siap dicanai utk dijadikan cincin. Utk semangat tempur, ketahanan tubuh badan, pendinding diri, penggerun dan penunduk.

Bagi tujuan perubatan, digunakan utk lenguh sendi, bisa akibat gigitan haiwan berbisa dan untuk menghentikan pendarahan akibat luka.
Hanya yang benar-benar tahu sahaja mencari Teras ini... kerana bukan sebatang kayu pokok raja kayu itu betul2 berguna utk tujuan tertentu... Ada yg mengatakan khasiatnya utk ketahanan kulit dari senjata. Wallahua'am. Apapun, pada saya perlulah merujuk dengan ilmu pengetahuan yg dimiliki dan izin Allah swt.
* Telah Ditebus