Alhamdulillah, buat pencari barang hikmat semulajadi ini. Dimasa ini saya direzkikan lagi untuk berkongsi bersama anda, iaitu barang yang amat susah dicari ini. Tetapi untuk kali ini, hanya sebongkah kecil dan saya canai dijadikan dua permata untuk ditebus.
Ketika memegang sahaja batu ini, tiada kata yg dapat diungkapkan dengan kata-kata utk menggambarkan kehebatan Allah SWT. Buih yang didasar laut menjadi batu dan hikmahnya sangat besar untuk kegunaan hambaNya.
Teringat dari pesanan guru saya suatu masa dahulu akan khasiat dan kegunaan buih laut ini. Didalam bidang perubatan, paranormal dan persilatan.
Didalam perubatan ianya dengan izin Allah, berkemampuan untuk menyedut bisa haiwan, bisa sendi dan tulang, pelbagai penyakit didalam perut / badan dan mengeringkan luka selain dijadikan penawar demam.
Pendekar dan pengamal perubatan menjadikan batu ini sebagai cincin yang mana selain kegunaan perubatan ianya berfungsi sebagai mendinding pemakainya dari ilmu sihir laut dan darat. InsyaAllah, akan terjauh dari gangguan makhluk halus dan hasad dengki musuh.
Batu ini bersifat sejuk dan memancarkan aura yg baik kepada pemakainya. Elok dibawa berniaga dan urusan kelancaran rezki. Ada wang senang berbelanja, insyaAllah.
Kaki pancing juga baik menyimpannya. Dengan kesudian tuan/puan menebusnya, dapatlah saya menampung perbelanjaan untuk ke sesuatu tempat dan mendapatkan koleksi yg lain untuk dipamerkan didalam blog ini.
- Segala macam penawar
- Pendinding ilmu sihir darat dan laut
- Kelancaran rezki
- Wibawa diri
- Pemanis
- Dihormati
- Membuang anergi negatif dalam diri
MAHARNYA : RM380.00
Cara membuat air penawar
Dengan menggunakan batu buih sebagai perantara ialah dengan merendamkan batu buih didalam air masak selama beberapa minit. Dimulakan dengan selawat dan berdoa kepada Allah agar memberikan penawar kepada pesakit (sifulan bin sifulan). Minumkan pesakit dan baki air penawar disapu pada muka dan kaki pesakit. InsyaAllah, berbagai penyakit dapat diubati.