BICARA PEMBUKA
Assalammualaikum wbt,
" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.
Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.
KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.
Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.
!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!
Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.
Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Buntat embun ini berwarna putih susu ( matang ). Menjadi jernih setelah dimasukkan kedalam air. Ciri2 zahir yg terdapat pada buntat ini adalah kriteria yg diperlukan oleh pencari buntat embun. Pada asalnya buntat ini berwarna jernih dan berubah menjadi putih susu menunjukkan kematangannya (satu tempoh matang yg sukar dicapai). Saya alu-alukan sekiranya ada yg berhajat utk menebusnya dengan membawa org pandai untuk memastikan keasliannya. Tiada masalah bagi saya. Pastikan anda membawa maharnya. Saya dah serik melayan karenah orang yg "macam-macam" ni.
Berqadam dan tidak memerlukan penjagaan yg rumit. Khasiatnya penarik pesona diri, pemanis dan seri wajah, pelarisan diri dan perniagaan, dikasihi oleh pelbagai golongan, pendinding dari khianat manusia dan ancaman sihir. Juga sebagai medium perubatan utk menawar racun santau dan pelbagai lagi khasiat lain didalam perubatan. Inilah khasiat semulajadi yang dijadikan kepada buntat embun yang perlu difikirkan sebagai tanda kebesaran Allah swt.
Sekiranya anda seorang peniaga, adalah baik utk memiliki barang berhikmah dan bersifat semulajadi ini. InsyaAllah, dipermudahkan kelancaran anda dalam usaha berdagang, berniaga dan berurusan dengan orang ramai dalam situasi apapun.
Dihamarkan keduanya sekali kerana ianya bergantungan diantara satu sama lain.
MAHARNYA : 2077.27