BICARA PEMBUKA
Assalammualaikum wbt,
" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.
Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.
KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.
Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.
!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!
Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.
Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Harimau adalah haiwan liar yg digelar dan dikelaskan sebagai Raja Rimba, Pak Belang dan sebagainya. Taring, kulit, misai, kuku, hati hinggalah zakarnya mempunyai keupayaan tertentu didalam perihal ilmu ghaib... Sekiranya harimau tersebut matinya didalam mati beragan, seringkali pengamal ilmu hikmah akan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Tidak kira apapun anggotanya. Mati beragan, terlalu banyak khasiatnya didalam ilmu ghaib. Terutamanya didalam ilmu pertempuran. Malah ada yg menggunakan utk ilmu panjang / lanjut usia. wallah hu a'lam.
Apapun, terserah pada penilaian anda. Boleh jadi baik utk anda begitu juga sebaliknya, Tepuk dada tanya iman. Inilah salah satu rahsia alam semulajadi anugerah Allah SWT kpd hambanya yg mengkaji dan mempelajari. Namun harus diingat, semuanya diatas izin Allah dan ketentuannya. Jangan dilupakan atau dibuat-buat lupa.
Bagi yg memahaminya sahaja yg merasakannya.
Di tanah jawa, kuku harimau mati beragan digunakan dengan menyelitkan diantara ibu jari kaki. Perjalanannya akan menjadi singkat dan cepat. Malah si pemakainya tidak terasa terlalu penat. Begitulah keindahannya. Sekiranya digunakan untuk pertempuran, bayangkan sahaja aliran tenaganya yang segagah harimau. Tidak akan cepat keletihan.
Kuku harimau juga, perlu utk seseorang menguasainya. Aura merah yg sangat panas. Bukan semua org boleh memilikinya. Perubahan sikap yg ketara, dapat dirasakan sendiri. InysaAllah, untuk menyerasikan dan kesesuaian pemiliknya, akan saya kongsikan beberapa petua dan rahsia.
::: PENUNDUK / PENGGERUN / KEWIBAWAAN / PEMBUNGKAM / KUDRAT HARIMAU / KEPANTASAN / :::
MAHARNYA : RM577.25
!!! AMARAN !!!
Amatlah tidak sesuai digunakan bagi mereka yang berniaga.