BICARA PEMBUKA
Assalammualaikum wbt,
" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.
Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.
KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.
Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.
!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!
Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.
Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Diperoleh dari seekor pari besar hasil pancingan. Selepas didaratkan ikan pari pembawa khabar gembira buat kaki pancing, si ikan telah melahirkan 5 ekor anak pari. Siapa yang mengalami keadaan ini pasti timbul belas kasih dan sayang sesama makhluk. Maka dilepaskan semula kelaut kesemuanya termasuk induknya. Selepas dilihat didalam tong ais dengan hati yg kecewa, si pari telah meninggalkan buntat ini. Ketika itu keadaan buntat masih didalam sarung seperti jelly. Pemilik membawa pulang dan menyimpannya sebagai kenangan.
Selepas memiliki buntat ini, pemilik banyak mengalami pengalaman-pengalaman ganjil dan aneh berlaku ketika turun memancing. Malah rezeki memancing juga dapat dirasakan dengan ketara. Perniagaannya juga semakin baik. Namun ingatlah tuan/puan, makhluk tiada daya. Allah jualah yang menentukan segalanya. Sebagai hambanya, wajar kita mensyukuri nikmat diatas kelebihan yang dijadikan keatas tiap-tiap makhluknya. InsyaAllah, rezeki juga semakin mendekati kita dengan berkat dan selamat dunia akhirat.
- Mendatangkan tuah dan kerezkian tidak disangka-sangka
- Penghanyir memancing (panggil ikan)
- Daya kerezkian yang kuat sesuai dijadikan pelaris
- Penawar racun, santau dan sihir (perubatan)
- Penawar bisa
- Penawar mabuk laut
- Pendinding diri dan keluarga dari ancaman sihir & gangguan laut
MAHAR PINDAH MILIK : RM 1,025.25
* Telah Ditebus / Dipindah Milik
* Telah Ditebus / Dipindah Milik