BICARA PEMBUKA
Assalammualaikum wbt,
" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.
Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.
KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.
Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.
!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!
Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.
Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Post info
Badar Besi asli dimaharkan kepada mereka yang mengetahui rahsianya dan benar-benar mencari dan ingin memilikinya. Khasiat alaminya sahaja sudah cukup membuatkan banyak hati yang ingin memilikinya. Manakala bagi kegunaan ilmuan hikmah lainnya, sesuai untuk dijadikan perantara pengisian sesuatu ilmu atau kekuatan lain.
Badar Besi dikenali seluruh nusantara kerana khasiat semulajadinya yang mampu menjadikan seseorang itu kebal. Wallahua'lam. Pada saya mudah sahaja. Jika dijaga amalan fardhunya dan hubungan sesama manusia juga baik, insyaAllah bantuan Allah sering sahaja akan sampai disaat kita memerlukan perlindungan daripada Allah. Yang berkuasa dan berhak keatas setiap apa yang ada diatas muka bumi ini tiada yang lain selain penciptanya. Maksud saya, biarlah apapun yang dipakai kita dan keistimewaan yang kita rasakan, barang tidak memberi bekas kepada kita.
Pernah terjadi suatu masa dahulu, kisah zaman penjajahan komunis. Ada seorang hamba Allah memiliki besi badar dan diatas izin Allah, beliau sering terlindung dari kecelakaan. Pada suatu hari, beliau ditembak oleh komunis. Tanpa disangka-sangka olehnya, tiada satupun peluru menembusi tubuhnya. Spontan terkeluar dari mulutnya ungkapan kepada sahabat yang berada disebelahnya " Aku kebal!!! ". Dengan tidak semena-mena beliau dihujani lagi tembakan musuh. Tetapi kali ini nasib tidak menyebelahinya lagi. Mujur tembakan hanya mengenai beberapa bahagian kaki dan bahunya. ( Sedikit kisah buat renungan bersama ).
- Kebal (Harus Yakin dan menjaga amalan)
- Pendinding kejahatan manusia, sihir dan gangguan ghaib
- Badan menjadi ringan dan kekuatan tenaga atau kudrat berganda
- Menghilangkan kesakitan pada tubuh
MAHARNYA : RM1500
* Satu sahaja
* Hubungi saya untuk pertanyaan dan perbincangan