BICARA PEMBUKA
Assalammualaikum wbt,
" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”
Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.
Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.
KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.
Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.
ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI
!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!
Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "
PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF
PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.
Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Showing posts with label KAYU. Show all posts
Showing posts with label KAYU. Show all posts
Kayu-kayu hutan yang menyimpan pelbagai khasiat dan hikmah alam semulajadi bagi tujuan tertentu dan sebagai kegunaan manusia yang mencintai ilmu hikmah sebagai bukti keagungan ciptaan Allah bagi manusia yang mahu berfikir.
Kayu-kayu ini yang diambil bersama doanya dan disatukan menjadi sebentuk permata cincin untuk dijadikan sebagai perhiasan jari dan pelbagai kegunaan lainnya. Gabungan teras kayu kemuning, kemuning hitam, gemunggal, sulur bertam dan larak salah
- Sentuhan / pukulan berbisa (tidak perlu niat)
- Penunduk haiwan / manusia / jin
- Penggerun
- Penangkal sebarang gangguan terutamanya dihutan
- Penangkal dan penawar bisa
- Pendinding diri zahir dan batin
!!!AMARAN!!! Pemakaian kayu ini tidak boleh sembarangan naik tangan kepada sesiapa terutamanya ahli keluarga.
!!!AMARAN!!! Pemakaian kayu ini tidak boleh sembarangan naik tangan kepada sesiapa terutamanya ahli keluarga.
MAHARNYA : RM270.00
Kayu tas dari sudut hikmah dan kegunaannya, kaya dengan rahsianya yang tersendiri. Sifat semulajadinya adalah ditakuti haiwan-haiwan liar dan berbisa. Mampu menundukkan gajah liar dihutan. Ianya juga mampu dijadikan perantara pendinding diri dari gangguan jin dan sihir. Kebanyakan sifat kayu yang bertukar menjadi batu dipercayai menjadi asbab tahan badan. Sesuai bagi mereka yang mencari barang hikmah untuk tujuan tempur. Banyak lagi kegunaan lain yang ada pada rahsia kayu tas. Terutamanya untuk tujuan pertempuran, masuk hutan dan perubatan.
- Penggerun / penunduk manusia, haiwan dan makhluk halus
- Penggerun / penunduk manusia, haiwan dan makhluk halus
- Penawar bisa / penyakit sendi
- Pendinding diri dari ancaman sihir, makhluk halus dan serangan manusia
- Rahsia asbab perantara perubatan
- Sentuhan berbisa
- Mampu memindahkan bisa kepada jin yang merasuk pesakit histeria
- Dihormati, disegani dan ditakuti
MAHARNYA : RM2800 ( TELAH DITEBUS )
Teras Kayu Kemuning Hitam secara semulajadinya memiliki bisanya tersendiri yang mana untuk kegunaan pertempuran dan medium campuran kayu dalam pembuatan sebilah keris yang dipasakkan pada hulu keris. Kesan dari bisa kayu ini mampu mengaratkan bilah keris jika tidak dijaga. Tujuan campuran dalam pembuatan keris adalah kerana bisanya yang digunakan untuk membinasakan lawan yang ditikam atau dihiris. Teras kayu kemuning juga dapat menyedut bisa-bisa yang datangnya dari haiwan dan serangga dengan cara menekup kayu ini ke tempat yg disengat/dipatuk. Dengan izin Allah diatas kelebihan yang dijadikan kepada kayu ini, bisa akan tersedut keluar dan pulih seperti sediakala. Selain dari kegunaan diatas, teras kemuning hitam juga dijadikan pendinding haiwan liar, haiwan berbisa, gangguan halus sewaktu dihutan dan juga medium ketahanan badan.
Qadam yang telah diisikan adalah bertujuan :-
- Gerak Silat Pertempuran
- Pendinding diri zahir / batin
- Gerak hati dan firasat (bisikan qadam)
- Penggerun pandangan niat
- Penunduk musuh
- Pemberat, Penderas pukulan
- Mematahkan niat jahat seseorang
- Mematahkan ilmu pengasih
- Wibawa diri, dihormati dan dipandang masyarakat
- Pemberat, Penderas pukulan
- Mematahkan niat jahat seseorang
- Mematahkan ilmu pengasih
- Wibawa diri, dihormati dan dipandang masyarakat
MAHARNYA : RM380.00
Sejenis kayu hutan yang sangat sukar diperoleh. Sudah pastinya turun naik gunung barulah sampai ke habitatnya. Itupun jika berjumpa. Petua Melayu lama turun temurun. InsyaAllah, asap yang lahir dari kayu ini dapat menghalau serta mendinding isi rumah dari gangguan jin serta sihir. Ini pada istilah umumnya. Lebih jelas lagi, jin seperti langsuir, pontianak, hantu raya, toyol, penanggal sangat takut akan asap kayu ini. Anda hanya perlu membakarnya cukup sekiranya didalam rumah sahaja sekiranya tidak mampu untuk membakarnya diluar rumah. Setiap kejadian Allah itu mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri yang mana tiada pada makhluk lain yang diciptakannya. Anda boleh mencubanya sekiranya terdapat gangguan kerasukan.
MAHARNYA : RM150.00 seikat
Teras kekacu menjadi batu milik seorang sahabat dari Melaka. Pusaka yang diserahkan oleh datuknya. Ingin dimaharkan kepada yg berminat. Kata guru saya di Johor, khasiatnya dikenalpasti utk memberhentikan pendarahan pada luka terutamanya akibat senjata tajam. Penawar demam panas dan masalah lemah syahwat. Khasiat lainnya, ianya boleh digunakan sebagai medium perubatan, pendinding diri, penunduk haiwan / manusia agar menurut kata-kata si pemakai. InsyaAllah sekiranya ada ahli keluarga yang degil dan tidak mendengar kata, ada perubahannya nanti. Lebih-lebih lagi sekiranya isteri / suami yang cepat naik angin. Kesan pukulan dari pemakai barang hikmah ini juga amatlah berbisa. Bergantung pada tahap kemarahan seseorang. Sebaiknya, janganlah terlalu mudah untuk ringan tangan. Lainlah jika benar-benar terdesak! Wallahu a'lam. Sesungguhnya kita hanya berikhtiar dengan menggunakan segala apa yg dijadikan Allah utk kebaikan manusia. Kesembuhan dan keberhasilan, tetap dari Allah SWT.
MAHARNYA : RM577.77
* Ukuran : sebesar ibu jari tangan
* Hubungi saya sekiranya berhajat dan benar-benar memerlukan medium ini.
* Hubungi saya sekiranya berhajat dan benar-benar memerlukan medium ini.
Kayu tas ini adalah yang terpilih. Sangat ditakuti haiwan-haiwan liar dan berbisa. InsyaAllah, jika dibawa masuk kedalam hutan akan terjauh dari segala macam gangguan haiwan dan makhluk halus. Pemakai sangat tidak boleh cepat tangan kerana bisa yang terdapat pada kayu ini. Sebaiknya jangan dipakai ketika berada dirumah.
Untuk tujuan pembisa, penunduk, penggerun dan pendinding haiwan dan makhluk halus. InsyaAllah jika disimpan didalam rumah, tidak akan dimasuki haiwan berbisa seperti ular, lipan, kala jengking. Sekiranya rumah anda terdapatnya gangguan halus, simpankan diatas pintu rumah atau tengah-tengah rumah. Gangguan akan segera beredar.
MAHARNYA : RM137.25
* Satu sahaja
Diakui ramai akan khasiat dan kelebihan yg Allah swt jadikan keatas kayu kemuning hitam yg sering digunakan oleh para pendekar dan hulubalang Melayu dahulu kala sebagai perisai tubuh & kulit, pendinding sihir dan penderas & pembisa pukulan. Kata guru saya, bisanya mampu membuatkan mangsa rebah serta merta jika kena pada caranya.
Jika didalam perubatan pula dibuktikan dengan menawar bisa gigitan serangga dan haiwan berbisa lain dengan membuat air penawar atau ditekap pada tempat disengat. Tingginya nilai khasiat kemuning hitam juga digunakan utk menawar bisa-bisa badan dan kesan luka utk menghentikan pendarahan.
Begitulah keindahannya yg terdapat pd teras kayu ini. Kerana itu digunakan oleh pendekar Melayu dahulu kala yang selain memiliki ilmu tempur yg tinggi, ilmu mereka selari dengan ilmu perubatan hikmah / pawang. Wallahua'lam...
MAHARNYA : RM300.00
* ikatan cincin saiz 18 & diameter batu 2cm

Sesetengah masyarakat di pedalaman Sarawak percaya bahawa khasiat kayu ini dari utk ketahanan kulit si pemakai, berdasarkan sifat alaminya semakin lama, ianya semakin keras. Malah serangga pun tidak menjamah kulitnya apatah lagi isinya.. Wallahu a'lam. Pahlawan-pahlawan suku kaum disana menjadikan kayu berlian sebagai sarung atau hulu senjata yg diyakini dapat mendatangkan semangat berani bagi tujuan pertempuran. Itu pd pandangan mereka, bagi kita pula anggaplah ianya sebagai rahsia alam yg perlu dirungkai tanda kekuasaan mutlak Allah SWT...
Khasiatnya, ketahanan kulit dan tubuh badan, pendinding dari sihir, makhluk halus dan haiwan berbisa, semangat tempur dan keberanian berhadapan musuh. InsyaAllah ilmu pukau tidak mempan akibat khasiatnya. Teras kayu ini telah dizikirkan. Tidak perlu penjagaan. Hanya pakai sahaja.
MAHARNYA : RM80.00

Khasiat Raja Kayu, diakui ramai kegunaannya dari sudut pakaian diri & perubatan tradisional. Ramai yg memburu Raja Kayu kerana khasiatnya dari sudut ilmu pertempuran. Seorang tukang senjata yg saya kagumi, sering menasihatkan pelanggannya utk menyelitkan beberapa teras kayu kedalam hulu keris / parang utk kegunaan semangat pertempuran (berani), penggerun dan penunduk musuh. Wallahua'lam... Jika perkara ini karut, masakan datuk nenek kita yg tinggi ilmunya, menggunakannya sejak dari dahulu lagi? Hanya sebutir sahaja buat masa ini utk dimaharkan. Gambar diatas menunjukkan Teras raja kayu yg siap dicanai utk dijadikan cincin. Utk semangat tempur, ketahanan tubuh badan, pendinding diri, penggerun dan penunduk.
Bagi tujuan perubatan, digunakan utk lenguh sendi, bisa akibat gigitan haiwan berbisa dan untuk menghentikan pendarahan akibat luka.
Hanya yang benar-benar tahu sahaja mencari Teras ini... kerana bukan sebatang kayu pokok raja kayu itu betul2 berguna utk tujuan tertentu... Ada yg mengatakan khasiatnya utk ketahanan kulit dari senjata. Wallahua'am. Apapun, pada saya perlulah merujuk dengan ilmu pengetahuan yg dimiliki dan izin Allah swt.
* Telah Ditebus

Kayu menjadi batu / batu didalam pokok kekabu sebesar 3 pemeluk. Ini yg terakhir didalam simpanan. Ingin dimaharkan kepada yg berminat. Kata guru saya di Johor, khasiatnya dikenalpasti utk memberhentikan pendarahan pd luka terutamanya akibat senjata tajam. Penawar demam panas dan masalah lemah syahwat. Khasiat lainnya, ianya boleh digunakan sebagai medium perubatan dan pendinding diri. Kesan pukulan dari pemakai barang hikmah ini juga berbisa. Bergantung pd tahap kemarahan seseorang. Sebaiknya, janganlah terlalu mudah utk ringan tangan. Lainlah jika benar2 terdesak... Wallahu a'lam... Sesungguhnya kita hanya berikhtiar dengan menggunakan segala apa yg dijadikan Allah utk kebaikan manusia... Kesembuhan dan keberhasilan, tetap dari Allah SWT...
MAHARNYA : RM177.77
* Ukuran : 1.5cm
::: HANYA EMPAT BUTIR SAHAJA UNTUK DIMAHARKAN :::

Struktur yg padu dan mantap. Dibawa dari sarawak. Sesetengah masyarakat di pedalaman Sarawak percaya bahawa khasiat kayu ini dari utk ketahanan kulit si pemakai, berdasarkan sifat alaminya semakin lama, ianya semakin keras. Malah serangga pun tidak menjamah kulitnya apatah lagi isinya.. Wallahu a'lam. Pahlawan2 suku kaum disana menjadikan kayu berlian sebagai sarung atau hulu senjata yg diyakini dapat mendatangkan semangat berani bagi tujuan pertempuran. Itu pd pandangan mereka, bagi kita pula anggaplah ianya sebagai rahsia alam yg perlu dirungkai tanda kekuasaan mutlah Allah SWT...
MAHARNYA : RM150.00
*1 unit sahaja
PANJANGNYA : 52cm
UKUR LILIT : 13cm *pangkal / 11cm *hujung
Kayu Pasung Hantu ini diambil oleh sahabat saya ketika kami ke Puncak Tekala tempohari. Petua2 org tua mengatakan jika disimpan didalam rumah, diatas pintu dan sebagainya, insyaAllah mampu menangkal dari segala bentuk sihir, gangguan jin / hantu & pencuri. InsyaAllah jika ada khianat sihir yg mendatang, dengan izin Allah akan terpulang semula kepada penghantar sihir. Rupa fizikal yg agak besar dan berbentuk Lam Alif. Dibandingkan dengan botol mineral besar. Sekiranya berminat, bolehlah hubungi nombor yg tertera di bawah ini.
MAHARNYA : RM888.88

Akar maling ini didapati di hutan Kemensah secara kebetulan... melilit dengan semulajadi. Panjangnya sejengkal. Khasiat semulajadi pada kayu2 sejenis ini, dipercayai boleh menangkal dari gangguan makhluk halus dan mendinding perbuatan khianat manusia, jin dan setan. Tiada apa2 penjagaan, hanya letakkan di atas pintu rumah atau digantung pd tiang asas rumah. Berdasarkan cerita zaman berzaman & petua, pemilik akar maling ini dengan izin Allah, rumahnya tidak dimasuki pencuri dan setan. Menurut cerita yg didengari,sekiranya rumah dimasuki pencuri, si pencuri tidak menjumpai jalan/pintu keluar rumah yg dimasukinya. Ada juga yg berlaku, sipencuri seakan2 tersesat didalam hutan di rumah yg dimasukinya. & akan sedar / pulih setelah diubati atau ditegur oleh tuan rumah. Ingatlah & yakinlah setiap yg terjadi dan berlaku itu tiada mustahilnya bagi Allah... mudah2an usaha yg sedikit ini mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.
MAHARNYA : RM257.77
SALINAN RESIT PENGHANTARAN
Ahamdulillah, terima kasih tidak terhingga dan sekalung penghargaan buat tuan-tuan dan puan-puan yang menyokong saya secara langsung dan secara tidak langsung. Setiap mahar penebusan barang di blog ini sebaiknya saya gunakan sebaik mungkin. Disamping usaha membeli beberapa bahan-bahan sejarah berupa artifak dan barang bertuah untuk usaha saya dalam mewujudkan sebuah galeri mistik. Disini saya lampirkan deretan salinan-salinan resit penghantaran yang saya kumpul selama 2 tahun sejak pembukaan blog ini. Dari berseorangan kini ramai yang menyokong usaha saya. Syukur tidak terhingga diatas ruang dan jalan yang dipermudahkan Allah SWT.
























