BICARA PEMBUKA

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah

“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”

Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.

Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.

KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.

Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI
Ilmu qadam / khadam / pendamping / dampingan diri untuk dijadikan iringan manusia secara ghaib. Sila KLIK pada gambar GUA untuk maklumat lanjut.

!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!

Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.

" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF
Buang Susuk, Buang Saka, Rawatan Sihir & Terkena Minyak Pengasih, Histeria, Santau, Gangguan Halus, Mencuci Perniagaan Terkena Sihir, Pagar Ghaib Diri / Kawasan Bangunan, Bayi Menangis Malam, Mandi Bunga Pelbagai Hajat. Sekiranya ingin mendapatkan rawatan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Showing posts with label TEMPUR. Show all posts
Showing posts with label TEMPUR. Show all posts


Besi Khursani diketahui ramai khasiatnya, terutama pengamal ilmu hikmah. Berkhasiat sebagai pendinding diri. InsyaAllah, aman dari serangan zahir dan batin. Pemakainya dipandang tinggi dan berkarisma. Kemunculannya dipandang ramai. Suaranya didengari umum lantaran kelantangan bersuara. Pemanis dan penaik aura kewibawaan seorang lelaki terutamanya yang bekerjaya dan berpengaruh. Besi Khursani juga amat berbisa sentuhannya jika berniat utk membinasakan lawan. Janganlah sesekali anda menganiaya org lain melainkan sekiranya terancam. Semangat berhadapan musuh akan berbeza dari sebelumnya. Aliran auranya membantu memberi semangat tempur dan kekuatan badan kepada si pemakai, malah ada yg mengatakan kebal umum / darurat. Wallahua'lam. Pada saya, ianya bantuan Allah semata-mata. Jika Dia mengatakan jadi, maka jadilah ia.

- Tuah & wibawa diri
- Dipandang tinggi / hebat
- Penggerun dan penunduk
- Lantang bersuara
- Pukulan berbisa
- Semangat tempur
- Kebal darurat / Tahan badan
- Pendinding zahir batin
- Pembangkit ilmu besi khursani

MAHARNYA : RM180.00





MINYAK PENGGERUN HARIMAU

Minyak penggerun harimau yang diadun khas dengan ramuan-ramuan tertentu dan terpilih sesuai bagi kegunaan untuk menakutkan musuh dan pakaian ilmu perang. Sesuai bagi mereka yang bekerja melibatkan nyawa. Antara ramuannya adalah dari organ harimau mati beragan yang disangan hingga mengeluarkan pati minyak harimau. Lalu ditapakan dan dibangkitkan kekuasaan mistiknya untuk kegunaan manusia. Ini adalah ilmu dari leluhur pusaka masyarakat Melayu dahulu kala. Pemilik akan dapat merasakan kehadiran qadam harimau (rupa/bayangan/suara). Jika disimpan didalam rumah, orang berniat jahat akan terlihat-lihat kelibat harimau  yang bertujuan untuk menakutkan mereka.
- Ilmu penggerun Hulubalang Melayu 
- Penunduk pandangan dan niat
- Menakutkan musuh
- Menghilangkan rasa takut
- Ilmu wajah penggerun harimau
- Suara yang garang dan disegani
- Dihormati, disegani kawan/lawan
- Semangat Harimau
- Tahan badan
- Pendinding diri dari aniaya manusia, gangguan jin dan haiwan liar
- Gerak hati dan firasat yang tajam
- Dijaga 3 qadam harimau
- Gerak tempur harimau
- Boleh dicalit pada insan tersayang atau seseorang untuk membantu masalah mereka
- Dicalit pada pesakit histeria dapat menjadi pendinding.

MAHARNYA : RM180.00

(MASALAH : Majikan garang, Majikan Cerewet, Ahli Keluarga Biadap, Tiada Semangat, Mangsa Buli, Ingin Dihormati dan Disegani, Pekerja Bawahan Ikut Kata, Kerja Membabitkan Nyawa, Anggota Keselamatan, Dikelilingi Hutan, Ramai Musuh, Ilmu Tempur dll )


Hanya kepada yang benar-benar berhajat. Juga sesuai bagi mereka yang berada diperantauan dan memerlukan sesuatu sebagai benteng diri. Jika anda berniat sekadar ingin mencuba-cuba sahaja, tidak perlulah untuk meneruskannya. Kerana ilmu ini hanya akan sampai kepada yang mahu mewarisinya sahaja. Bukan perkara mainan. Batin / roh anda akan diajar didalam mimpi. Mimpi pembelajaran ini akan berjalan selama beberapa hari.


Ilmu persilatan yang akan diperturunkan kepada anda adalah "Silat Rajawali Padang Gilangan" berasal dari sebuah kerajaan ghaib. Diperturunkan sendiri oleh Panglima Alam Gilangan.

Tidak perlu bertanya saya bermacam-macam soalan pelik. Ilmu ini tidak melibatkan berdamping dengan jin, bunian, saka dan sebagainya. Nasihat saya, setelah mendapat ilmu ini, anda haruslah gigih bermeditasi untuk memantapkan lagi aliran silat yang mengalir didalam tubuh anda.



Kami akan memberikan sebutir batu cincin sebagai tanda diri anda sebelum proses pembelajaran bermula. Cincin ini perlu disimpan dengan baik dan tidak boleh hilang.

Kebaikannya :-

- Silat autocas sewaktu serangan hendap dan dikepung musuh
- Pendiding dari serangan ghaib
- Tidak diganggu makhluk halus
- Penggerun dan penunduk niat
- Kuatan tenaga
- Hati menjadi tenang dan membuang ketakutan dalam diri
- Dihormati orang ramai
- Mampu mengenali seseorang yang memiliki ilmu silat mimpi
- Merawat orang terkena gangguan ghaib
- Peka kepada kehadiran makhluk ghaib
- Ilmu ini boleh diperturunkan kepada sesiapa sahaja jika mahu (menyerahkan batu cincin).

MAHARNYA : RM280.00

Sekiranya berminat, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Tasak selamat senjata adalah bertujuan untuk keselamatan diri dan senjata anda sewaktu didalam perjalanan atau kesesuatu tempat. Senjata anda akan berubah menjadi halimunan atau bertukar menjadi batang tebu atau rotan sewaktu dilihat seseorang. Contohnya senjata yang diletakkan didalam kenderaan atau bonet kereta. 


Senjata anda perlulah ditasak terlebih dahulu. Syaratnya mudah dan perlu hadir diri berjumpa saya sendirian.

Sediakan :-

- Air kolah masjid 1 botol
- Limau nipis 7 biji
- Minyak zaffaron hitam

- Kain hitam untuk balut senjata

MAHARNYA : RM80.00




Dikisahkan keris ini asalnya terpendam dialam ghaib. Sekitar tahun yang tidak dapat dinyatakan disini, seorang Pawang telah menyimpan / memendam keris ini atas sesuatu sebab. Keris ini dizahirkan semula setelah sekian lama oleh seorang Kiayai. Setelah lama menyimpan, pewaris keris ini datang menemui saya untuk mencuci / memandikannya bagi memanggil semula khodamnya dan memulih semula kekuatan isi dalamnya. Oleh kerana sebab tertentu, saya menebus keris ini dari pemiliknya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang menjadi rahsia keris ini. Penjagaannya yang tidak rumit hanya diberi wangian pada waktu tertentu dan dimandikan setahun sekali. Khodam ini mampu menjadikan rumah anda seolah-olah ada penghuninya sewaktu anda sekeluarga tiada dirumah. Sekiranya ada sesuatu kebahayaan atau ancaman, keris akan bergoncang atau bergetar dengan sendirinya untuk memberitahu sesuatu alamat kepada pemiliknya.

- Mendatangkan tuah dan keberhasilan usaha
- Penarikan rezeki yang kuat dayanya
- Melariskan perniagaan dan memudahkan sesuatu kerja
- Mendatangkan kegerunan kedalam hati seseorang yang diniatkan
- Penggerun, penunduk, wibawa diri
- Dihormati, disegani kawan dan lawan
- Pendinding diri dan keluarga yang kuat
- Menghentam seseorang dari jauh
- Digunakan untuk segala macam masalah (perubatan ghaib)

MAHAR PINDAH MILIK : RM3725.25

Kayu-kayu hutan yang menyimpan pelbagai khasiat dan hikmah alam semulajadi bagi tujuan tertentu dan sebagai kegunaan manusia yang mencintai ilmu hikmah sebagai bukti keagungan ciptaan Allah bagi manusia yang mahu berfikir.

Kayu-kayu ini yang diambil bersama doanya dan disatukan menjadi sebentuk permata cincin untuk dijadikan sebagai perhiasan jari dan pelbagai kegunaan lainnya. Gabungan teras kayu kemuning, kemuning hitam, gemunggal, sulur bertam dan larak salah

- Sentuhan / pukulan berbisa (tidak perlu niat)
- Penunduk haiwan / manusia / jin
- Penggerun
- Penangkal sebarang gangguan terutamanya dihutan
- Penangkal dan penawar bisa
- Pendinding diri zahir dan batin

!!!AMARAN!!! Pemakaian kayu ini tidak boleh sembarangan naik tangan kepada sesiapa terutamanya ahli keluarga.

MAHARNYA : RM270.00


Ramai yang mengakui akan kehebatan dan rahsia penggunaan batu petir sebagai pemakaian diri dan hal-hal perubatan hikmah. Kekuatan ghaib yang terdapat pada makhluk ciptaan Allah ini juga mampu menghindari gangguan jin, hantu, pelesit dan sebagainya. InsyaAllah, dijauhkan dari ancaman pelbagai jenis sihir dan gangguan ghaib.


Ada juga yang menggunakannya bagi tujuan perubatan dan sebagainya. Tuan/puan boleh merujuk kepada post-post terdahulu berkaitan batu petir untuk maklumat lanjut.

- Pendinding diri (nyata & ghaib)
- Penangkal jin / setan
- Kebal darurat

- Pembisa

- Kekuatan badan

- Penunduk
- Penggerun
- Wibawa
- Penglimun
- Menguatkan zakar
- Perubatan

MAHARNYA : RM570.00


Sesuai digunapakai bagi mereka yang terlibat didalam pekerjaan berbahaya. Khasiatnya yang ampuh dan dijamin keberkesannya. Barang ini berpenjaga dan ada penjagaannya.
- Penggerun 
- Penunduk
- Pemberani 
- Pendinding 
- Kewibawaan
- Mengelak dari diburu musuh
- Semangat tempur dan kekuatan ibarat seekor harimau. 

Juga dikenali sebagai barang tempur atau perantara barang perang. Sekiranya berhajat, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Perlu diasap kemiyan sebagai penjagaan.

MAHARNYA : RM280.00





Memiliki kekuatan dan rahsia semulajadi / alami yang tersendiri. Digunapakai oleh kebanyakan pengamal ilmiu hikmah dan kebatinan untuk pelbagai tujuan. Mempunyai 100 butir tasbih dan panjangnya hampir setengah depa. 

MAHARNYA : RM300.00




Menerima tempahan senjata untuk tujuan pemakaian diri. Kami sedia membantu anda untuk memiliki senjata peribadi yang mengikut kesesuaian diri. Proses dijalankan berdasarkan ukuran, kesesuaian diri, nama serta waris keturunan jika ada. Syaratnya sediakan 6 jenis logam bersaiz  sebesar syiling 50sen setiap satu. Termasuk sedikit serbuk atau ketulan emas dan perak. Saya hanya membuatkan bilahnya sahaja. Untuk hulu dan sarung, rujuk kepada tukangan yang lain.

Inilah dianatara rahsia seni pembuatan pedang yang terkandung pelbagai pembuka dan kuncian ilmu musuh di medan perang.

MAHARNYA : RM23.13 / 1 inci
* Kebiasaan bilah parang panjang / pedang berukuran 21-25 inci

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya terus untuk perbincangan.



Badar Besi asli dimaharkan kepada mereka yang mengetahui rahsianya dan benar-benar mencari dan ingin memilikinya. Khasiat alaminya sahaja sudah cukup membuatkan banyak hati yang ingin memilikinya. Manakala bagi kegunaan ilmuan hikmah lainnya, sesuai untuk dijadikan perantara pengisian sesuatu ilmu atau kekuatan lain. 


Badar Besi dikenali seluruh nusantara kerana khasiat semulajadinya yang mampu menjadikan seseorang itu kebal. Wallahua'lam. Pada saya mudah sahaja. Jika dijaga amalan fardhunya dan hubungan sesama manusia juga baik, insyaAllah bantuan Allah sering sahaja akan sampai disaat kita memerlukan perlindungan daripada Allah. Yang berkuasa dan berhak keatas setiap apa yang ada diatas muka bumi ini tiada yang lain selain penciptanya. Maksud saya, biarlah apapun yang dipakai kita dan keistimewaan yang kita rasakan, barang tidak memberi bekas kepada kita.

Pernah terjadi suatu masa dahulu, kisah zaman penjajahan komunis. Ada seorang hamba Allah memiliki besi badar dan diatas izin Allah, beliau sering terlindung dari kecelakaan. Pada suatu hari, beliau ditembak oleh komunis. Tanpa disangka-sangka olehnya, tiada satupun peluru menembusi tubuhnya. Spontan terkeluar dari mulutnya ungkapan kepada sahabat yang berada disebelahnya " Aku kebal!!! ". Dengan tidak semena-mena beliau dihujani lagi tembakan musuh. Tetapi kali ini nasib tidak menyebelahinya lagi. Mujur tembakan hanya mengenai beberapa bahagian kaki dan bahunya. ( Sedikit kisah buat renungan bersama ).

- Kebal (Harus Yakin dan menjaga amalan)
- Pendinding kejahatan manusia, sihir dan gangguan ghaib
- Badan menjadi ringan dan kekuatan tenaga atau kudrat berganda
- Menghilangkan kesakitan pada tubuh

MAHARNYA : RM1500
* Satu sahaja
* Hubungi saya untuk pertanyaan dan perbincangan


Batu badar Kalimantan yang mempunyai kerahsiaannya yang tersendiri. Sifat alaminya "Selisih Peluru" dan kekuatan hikmah lainnya menjadi buruan pengamal Ilmu Besi. Ada dikalangan ahli besi menggunakannya untuk dijadikan salah satu campuran besi untuk menghasilkan senjata hikmat seperti keris, pedang dan parang.

Kekuatan Hikmah Alami :-
- Selisih / elak peluru
- Tahan badan
- Penunduk, penggerun dan wibawa diri
- Kebal ketika darurat dan kecemasan (ada amalannya)
- Tenaga / kudrat yang luarbiasa hasil dari tenaga alami yang dipusatkan kedalam tubuh badan.

Qadam Isian yang telah diisikan adalah bagi tujuan :-
- Pendinding diri zahir dan batin
- Ilmu persilatan autocas (gerak/penyerapan ilmu dari qadam)
- Kekuatan firasat dan gerak hati
- Penunduk haiwan liar di hutan
- Ilmu segenggam bumi (hubungi saya untuk pertanyaan)
- Qadam bernama,Tok Indera Padang Kemanggi.

Telah diikatkan ikatan cincin Kuku Kambing yang diperbuat dari logam perak. Masih dalam keadaan baharu dan menanti pemilik yang menebusnya.  Saiz ikatan cincin 15.

MAHARNYA : RM575.25

* Telah ditebus



Batu Tok Hitam Harimau Laksmana khusus untuk tujuan ilmu penggerun dan pertempuran. Ilmu Silat yang dimiliki Sang Qadam mudah menyerap kedalam tubuh si pemakai. Kemanapun anda pergi akan diiringi Qadam Harimau sebagai penjaga ghaib. Terjauh dari mara bahaya, malapetaka, niat jahat, khianat manusia dan sihir. Bersifat tidak panas.

- Pendinding diri zahir / batin, niat jahat, pandangan musuh
- Ilmu penggerun harimau laksmana
- Ilmu perisai ghaib
- Suara lantang dan garang seperti seekor harimau
- Kudrat dan kekuatan yang luar biasa semasa bahaya (penyerapan qadam) 
- Langkah menjadi cepat
- Renungan dan firasat yang tajam (pandangan serta deria harimau)
- Mudah mengesan kedudukan musuh
- Pukulan dan sentuhan berbisa
- Persilatan ghaib, mimpi dan autocas
- Mampu memagar rumah atau sesuatu kawasan (kecurian / gangguan makhluk halus)
- Tidak mempan ilmu pengasih kepada si pemakai
- Jika memegang minyak pengasih, akan terbatal kekuatan minyak tersebut
- Sering dikunjungi kelibat Panglima Ghaib dan qadam harimau (tidak mengganggu)
- Menundukkan manusia, haiwan dan jin
- Mudah mengesan jika seseorang memiliki ilmu qadam

MAHARNYA : RM625.25


Mempunyai 13 Qadam Panglima yang menjaganya. Berasal dari seorang Panglima Di alam ghaib. Penakluk ilmu laut dan angin. 13 qadam ini akan dimaklumkan nama-namanya selepas pindah milik.

- Ilmu laut ( gelombang samudra, serigala laut )
- Ilmu persilatan (autocas)
- Alih awan / angin / hujan (jurus)
- Ilmu penggerun musus (pandangan/niat)
- Ilmu penunduk renungan mata
- Wibawa diri dihormati disegani
- Pendinding sihir dan gangguan makhluk halus (ilmu darat / laut)
- Pembalik sihir dan pukulan batin
- Pendinding dari ilmu batin lawan
- Penglimunan (jurusan)
- Tahan badan dari ancaman senjata
- Penyerapan kuasa air & angin (teknik)
- Menarik qadam barang / seseorang (teknik dan jurusan)
- Mudah mendapat isyarat ghaib dari qadam (kebahayaan)

Pemiliknya bakal dikasihi orang-orang sekeliling. Mudah didekati dan hubungan persahabatan semakin erat dan berkembang. Orang yang penakut akan menjadi berani.

MAHARNYA : RM777.25


Mempunyai 7 qadam yang berfungsi untuk memelihara keindahan yang terdapat pada barang hikmah ini. Tidak memerlukan penjagaan yang berat. Hanya sedikit zikir diri untuk diamalkan. Teknik berhubung dengan qadam dan penjagaan barang hikmah akan diberikan.

- Ilmu Persilatan mimpi
- Ilmu Persilatan gerak
- Ilmu Tempur Autocas ( kecemasan )
- Ilmu Penggerun renungan mata dan niat
- Penunduk musuh, haiwan dan jin
- Perabun & Selisih musuh
- Pembisa Pukulan
- Pemberat / Penderas Pukulan
- Mengalir bisa pada sentuhan
- Menimbulkan semangat berani dan menghilangkan ketakutan
- Kewibawaan diri
- Membawa tuah kepada pemiliknya
- Melancarkan urusan yang berat dan sulit
- Mematikan ilmu minyak pengasih (teknik/cara)
- Memindah hujan atau awan mendung (teknik/cara)
- Pendinding diri dari sihir, niat jahat manusia dan gangguan halus

MAHARNYA : RM477.25
*Telah Ditebus
Azimat yang bakal diberikan

Azimat qadam diperbuat dari besi kuningan

PENGISIAN SEBARANG HAJAT

Anda akan diberikan qadam pendamping sebagai pembantu anda dari sudut yang tersembunyi. Qadam yang diberikan sudah tentu beragama Islam dan bukanlah ilmu saka yang perlu diwarisi. Tiada perjanjian antara anda dan qadam anda. Qadam anda akan bersama anda selama mana anda memerlukannya. Jika sudah tidak memerlukannya lagi, aturannya akan diberikan untuk memulangkan mereka kembali ke tempat asal mereka. Sila baca artikel ini dengan baik agar anda tidak mengulangi soalan-soalan yang sama kepada saya. Saya tegaskan disini, bukan semua orang memahami ilmu semacam ini. Berdirilah diatas landasan syariat dan akidah yang benar agar anda tidak tersilap jalan.


Qadam yang ditebus adalah bagi memudahkan kerja-kerja / usaha anda. Niat perlu betul. Bukan qadam yang memberikan kejayaan. Kerana, kejayaan dan keberhasilan sesuatu yang diusahakan adalah datangnya dari Allah swt. Ilmu yang dijadikan landasan, sandaran, perantaraan hanyalah asbab. Anda harus berfikiran waras yang mana setiap sesuatu itu berlaku dengan izin Allah semata-mata. Niat yang baik, pasti berhasil. 

" Ilmu yang baik, duduknya didalam sarung yang baik. Ilmu yang baik sekalipun, jika digunakan untuk menzalimi dan mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain, tiadalah gunanya. "

SYIRIKKAH MENGGUNAKAN QADAM?
Sekiranya kepercayaan anda adalah secara mutlak kepada makhluk, maka terjerumuslah anda ke dalam syirik. Percaya bahawa ubat-ubatan mampu menyembuhkan penyakit juga adalah suatu pegangan yang salah. Allah swt menjadikan besi, tidak menjadikan pisau. Tetapi dengan akal yang diberikan, manusia menciptakan pisau, kapak, beliung dari besi sebagai kemudahan bercucuk tanam, memotong dan sebagainya. Tetapi ada juga manusia yang menjadikan pisau untuk berbuat jahat dan menganiaya sesama makhluk. Salah pisau atau salah manusia? Manusia itu sendirilah yang menempatkan dirinya kesesuatu arah dan tempat. Sama ada sebagai tanda bersyukur diatas kurniaanNya atau untuk mencari kehebatan.


PILIHAN PENGISIAN QADAM
1) Pengasih, Pemanis, Kerezkian / Pelaris, Kewibawaan, Persilatan dan Penunduk
2) Penggerun Harimau, Penunduk, Ilmu Tempur, Tahan Badan & Kewibawaan

* Selain fungsi yang dinyatakan diatas, pemilik qadam akan :-
- Peka kehadiran makhluk ghaib
- Membawa tuah dan keberuntungan
- Qadam akan menjadi pengawal keselamatan anda secara ghaib
- Gerak hati dan firasat yang tajam
- Mampu merawat hal-hal yang melibatkan makhluk halus
- Menerima barang / hadiah daripada qadam
- Sebelum melakukan kejahatan, teguran dan ingatan akan diterima daripada qadam
Pilihan isian adalah dari DUA jenis yang disebutkan diatas. Anda pilihlah salah satu yang menjadi keutamaan dan diperlukan sebelum menghubungi saya.

SMS nama penuh, nama ibu, tarikh lahir dan tanah kelahiran untuk tujuan isian.

MAHARNYA : RM325.25
( Untuk jarak jauh, sila hubungi saya untuk perbincangan )

* KITAB AMLAN / KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN QADAM DAMPINGAN DIBERIKAN SEMASA PENGHANTARAN
* INI BUKAN ILMU SAKA
* QADAM PENDAMPING TIDAK AKAN MENGGANGGU / MENAKUTKAN TUANNYA
* QADAM YANG DIBERIKAN MERUPAKAN QADAM TINGKAT TINGGI
* SETIAP QADAM YANG DIBERIKAN TELAH DIKUNCI DAN HANYA PEMILIK / PELEPAS QADAM SAHAJA YANG BOLEH MEMUTUSKAN ILMU TERSEBUT

!!! TIDAK PERLU BERTANYA KEPADA SAYA APAKAH PANTANG LARANGNYA. JIKA MAHU YANG TIADA PANTANG LARANG, CARILAH HANTU RAYA UNTUK DIJADIKAN QADAM !!!

::: ILMU QADAM / ILMU KHADAM PENDAMPING / BERDAMPING DENGAN BUNIAN / KHADAM IRINGAN / PREWANGAN DARI KEILMUAN PUTIH :::



Teras Kayu Kemuning Hitam secara semulajadinya memiliki bisanya tersendiri yang mana untuk kegunaan pertempuran dan medium campuran kayu dalam pembuatan sebilah keris yang dipasakkan pada hulu keris. Kesan dari bisa kayu ini mampu mengaratkan bilah keris jika tidak dijaga. Tujuan campuran dalam pembuatan keris adalah kerana bisanya yang digunakan untuk membinasakan lawan yang ditikam atau dihiris. Teras kayu kemuning juga dapat menyedut bisa-bisa yang datangnya dari haiwan dan serangga dengan cara menekup kayu ini ke tempat yg disengat/dipatuk. Dengan izin Allah diatas kelebihan yang dijadikan kepada kayu ini, bisa akan tersedut keluar dan pulih seperti sediakala. Selain dari kegunaan diatas, teras kemuning hitam juga dijadikan pendinding haiwan liar, haiwan berbisa, gangguan halus sewaktu dihutan dan juga medium ketahanan badan.


Qadam yang telah diisikan adalah bertujuan :-
- Gerak Silat Pertempuran
- Pendinding diri zahir / batin

- Gerak hati dan firasat (bisikan qadam)
- Penggerun pandangan niat
- Penunduk musuh
- Pemberat, Penderas pukulan

- Mematahkan niat jahat seseorang
- Mematahkan ilmu pengasih
- Wibawa diri, dihormati dan dipandang masyarakat

MAHARNYA : RM380.00



Misai Harimau didalam keilmuan hikmah, terlalu banyak kegunaan dan kelebihannya. Ilmu turun temurun ini banyak digunapakai oleh orang Melayu suatu masa dahulu. Diantaranya guru-guru Silat, orang-orang besar serta berpengaruh dan penjahat. Tidak kiralah siapa yang memakainya, jika jahat tujuannya maka jahatlah keberhasilannya. Setiap barang yang diciptakan Allah swt baik yang berterbangan, didaratan dan hidup didalam perairan ada kelebihan dan rahsia alam yang tersendiri. Yang mana sukar untuk diperjelaskan dan diperdengarkan. Kelebihan ini hanya dirasakan oleh mereka yang memiliki perantara-perantara alam ini.

Misai harimau ini diambil di sebuah hutan paling utara tanah air. Susuk tubuh harimau dewasa yang kaku tidak bernyawa lagi.

Telah dibangkitkan kekuatan hikmahnya sesuai untuk tujuan pemburu barang-barang seperti ini. Misai ini perlulah dibalut didalam kain yang telah disediakan dan disimpan didalam poket, dompet dan sebagainya dan perlulah sentiasa dibawa bersama. Keterangan lain, akan diterangkan selepas pindah milik.

- Penggerun renungan mata, wajah dan aura diri (manusia/haiwan)
- Pembungkam mulut musuh (manusia/haiwan)
- Penunduk yang ampuh (manusia/haiwan)
- Pendinding diri dari sihir, aniaya dan haiwan
- Wibawa diri
- Aman dari ancaman dan hasad dengki manusia
- Dihormati dan disegani kawan dan lawan
- Nama anda bakal digeruni kawan/lawan/lelaki/wanita/tua/muda 
- Mampu memadam api kemarahan musuh dengan hanya renungan dan niat
- Percakapan anda tidak lagi seperti sebelumnya

* Terlalu banyak lagi kelebihan lain. Jika diamati kegunaan-kegunaan diatas, banyak sekali kelebihan dan kegunaannya yang dapat tuan-tuan fikirkan.
* Kekuatannya berbeza berganda-ganda dari misai harimau biasa. Auranya adalah panas dan kuat sekali.

MAHARNYA : RM700.00 ( TELAH DITEBUS )

ILMU KUBAH BESI

Ilmu ini adalah bertujuan untuk membuat penutup diri zahir / batin. Agar terlepas dari pandangan musuh dan makhluk halus. Satu lapisan besi/tembaga ghaib berbentuk kubah akan mengelilingi tubuh anda, seluas yang anda mahukan. Anda akan merasakan sendiri kelebihannya dan tembok yang terbentuk. 
Bertujuan :-
- Terlindung dari di ilmu scan diri/qadam
- Orang pandai tidak mampu membaca hati serta fikiran anda
- Melindungi diri ketika diancam dan diburu musuh
- Pendinding zahir/ghaib, sihir, makhluk halus, hasad dengki, serangan musuh

FIDYAH HADIR DIRI : RM91.03
FIDYAH JARAK JAUH : RM100.00

SALINAN RESIT PENGHANTARAN

SALINAN RESIT PENGHANTARAN
Ahamdulillah, terima kasih tidak terhingga dan sekalung penghargaan buat tuan-tuan dan puan-puan yang menyokong saya secara langsung dan secara tidak langsung. Setiap mahar penebusan barang di blog ini sebaiknya saya gunakan sebaik mungkin. Disamping usaha membeli beberapa bahan-bahan sejarah berupa artifak dan barang bertuah untuk usaha saya dalam mewujudkan sebuah galeri mistik. Disini saya lampirkan deretan salinan-salinan resit penghantaran yang saya kumpul selama 2 tahun sejak pembukaan blog ini. Dari berseorangan kini ramai yang menyokong usaha saya. Syukur tidak terhingga diatas ruang dan jalan yang dipermudahkan Allah SWT.