BICARA PEMBUKA

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah

“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”

Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.

Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.

KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.

Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI
Ilmu qadam / khadam / pendamping / dampingan diri untuk dijadikan iringan manusia secara ghaib. Sila KLIK pada gambar GUA untuk maklumat lanjut.

!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!

Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.

" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF
Buang Susuk, Buang Saka, Rawatan Sihir & Terkena Minyak Pengasih, Histeria, Santau, Gangguan Halus, Mencuci Perniagaan Terkena Sihir, Pagar Ghaib Diri / Kawasan Bangunan, Bayi Menangis Malam, Mandi Bunga Pelbagai Hajat. Sekiranya ingin mendapatkan rawatan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Showing posts with label KERIS. Show all posts
Showing posts with label KERIS. Show all posts


Keris sumiang / somyang yang terkenal didalam masyarakat jawa. Ilmu pengasihan dan murah rezeki berlipat kali ganda. Hanya perlu diletakkan pada tempat perniagaan. Sihir, niat jahat, kecurian dan hasad dengki manusia akan segera terhindar. Jika digantung didalam rumah yang ada hantu atau jembalang, gangguan akan pulih. Jika ada yang berniat jahat, rumah atau perniagaan akan lenyap pada pandangan. Perlu dimandikan setahun sekali dan diasap kemenyan. Dijaga oleh Tiga Raden. Nama khadam akan diberitahu selepas tukar milik.

- Tuah dan kerezkian yang kuat
- Penunduk yang kuat
- Pengasih dan pemikat
- Pendinding diri dan kawasan
- Penggerun
- Ilmu lenyap
- Perubatan

MAHARNYA : RM500.25




Sekiranya anda mencari-cari tempat atau ahli yang mahir untuk memandikan keris pusaka / bertuah anda, hubungi kami untuk maklumat lanjut. Segala barang dan kelengkapan disediakan oleh pihak kami. InsyaAllah, barang yang sudah tidak menunjukkan keindahannya, akan kembali pulih seperti sediakala. Bergantung pada rezki anda. Kami mencuba sehabis baik untuk mengembalikan dan menzahirkan keindahannya.

" Antara barang yang sering saya terima untuk dijalankan upacara istiadatnya termasuklah Keris, golok, parang, pedang, buntat, pelaris perniagaan dan lain-lain."


Datang ke kediaman saya untuk menghantar keris peribadi anda atau jika jauh, boleh menggunakan pos. Setelah selesai mandiannya, keris akan dihantar semula kepada anda. 

MAHARNYA : -

RM100.00 - Datang sendiri
RM150.00 - Jarak jauh

* Anda haruslah bersetuju untuk meninggalkan barang pusaka kepada kami sekurang-kurangnya satu minggu dari hari saya menerima barang yang dimaksudkan.




Tasak selamat senjata adalah bertujuan untuk keselamatan diri dan senjata anda sewaktu didalam perjalanan atau kesesuatu tempat. Senjata anda akan berubah menjadi halimunan atau bertukar menjadi batang tebu atau rotan sewaktu dilihat seseorang. Contohnya senjata yang diletakkan didalam kenderaan atau bonet kereta. 


Senjata anda perlulah ditasak terlebih dahulu. Syaratnya mudah dan perlu hadir diri berjumpa saya sendirian.

Sediakan :-

- Air kolah masjid 1 botol
- Limau nipis 7 biji
- Minyak zaffaron hitam

- Kain hitam untuk balut senjata

MAHARNYA : RM80.00




Dikisahkan keris ini asalnya terpendam dialam ghaib. Sekitar tahun yang tidak dapat dinyatakan disini, seorang Pawang telah menyimpan / memendam keris ini atas sesuatu sebab. Keris ini dizahirkan semula setelah sekian lama oleh seorang Kiayai. Setelah lama menyimpan, pewaris keris ini datang menemui saya untuk mencuci / memandikannya bagi memanggil semula khodamnya dan memulih semula kekuatan isi dalamnya. Oleh kerana sebab tertentu, saya menebus keris ini dari pemiliknya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang menjadi rahsia keris ini. Penjagaannya yang tidak rumit hanya diberi wangian pada waktu tertentu dan dimandikan setahun sekali. Khodam ini mampu menjadikan rumah anda seolah-olah ada penghuninya sewaktu anda sekeluarga tiada dirumah. Sekiranya ada sesuatu kebahayaan atau ancaman, keris akan bergoncang atau bergetar dengan sendirinya untuk memberitahu sesuatu alamat kepada pemiliknya.

- Mendatangkan tuah dan keberhasilan usaha
- Penarikan rezeki yang kuat dayanya
- Melariskan perniagaan dan memudahkan sesuatu kerja
- Mendatangkan kegerunan kedalam hati seseorang yang diniatkan
- Penggerun, penunduk, wibawa diri
- Dihormati, disegani kawan dan lawan
- Pendinding diri dan keluarga yang kuat
- Menghentam seseorang dari jauh
- Digunakan untuk segala macam masalah (perubatan ghaib)

MAHAR PINDAH MILIK : RM3725.25



Bilah keris yang dihasilkan menggunakan campuran besi istimewa dan bertuah. Penghasilan diselangi dengan amalan memanggil qadam penjaga keris khusus untuk tujuan perubatan dan tuah. Perlu diasap kemiyan dan wangian untuk penjagaan. 

Kegunaannya
- Ilmu perubatan hikmah melalui ilham, mimpi & gerak hati yang tajam
- Pelbagai ikhtiar perubatan alternatif
- Gerak Tari Silat Harimau & Purba (boleh diijazahkan kpd orang lain)
- Penggerun pandangan & bicara
- Pendinding diri, keluarga, perniagaan & kediaman
- Ilmu pengasih dan wibawa diri yang tinggi hingga ramai orang mahu mendekati anda.
- Pelaris perniagaan dan usaha.
- Gerak hati dan firasat yang tajam. Anda mampu mengawalnya bila benar-benar bersedia.
- Sering mandapat mimpi hingga anda mampu mengawal mimpi anda. (Penjelajahan dimensi)


* Yang dimaksudkan ilmu perubatan adalah anda mampu melakukan rawatan dan khidmat kepada orang yang memerlukan seperti gangguan ghaib halus, penyakit, masalah, ikhtiar pelaris, ikhtiar pengasihan dan pelbagai lagi. Dengan izin Allah, insyaAllah berhasil. Hinggalah anda mampu melakukannya sendirian nanti.
Bahan Bilah
- Timah Hitam, Perak, Tembaga, Besi khursani, Besi Baja


MAHARNYA : RM725.25


SALINAN RESIT PENGHANTARAN

SALINAN RESIT PENGHANTARAN
Ahamdulillah, terima kasih tidak terhingga dan sekalung penghargaan buat tuan-tuan dan puan-puan yang menyokong saya secara langsung dan secara tidak langsung. Setiap mahar penebusan barang di blog ini sebaiknya saya gunakan sebaik mungkin. Disamping usaha membeli beberapa bahan-bahan sejarah berupa artifak dan barang bertuah untuk usaha saya dalam mewujudkan sebuah galeri mistik. Disini saya lampirkan deretan salinan-salinan resit penghantaran yang saya kumpul selama 2 tahun sejak pembukaan blog ini. Dari berseorangan kini ramai yang menyokong usaha saya. Syukur tidak terhingga diatas ruang dan jalan yang dipermudahkan Allah SWT.