BICARA PEMBUKA

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah

“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”

Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.

Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.

KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.

Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI
Ilmu qadam / khadam / pendamping / dampingan diri untuk dijadikan iringan manusia secara ghaib. Sila KLIK pada gambar GUA untuk maklumat lanjut.

!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!

Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.

" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF
Buang Susuk, Buang Saka, Rawatan Sihir & Terkena Minyak Pengasih, Histeria, Santau, Gangguan Halus, Mencuci Perniagaan Terkena Sihir, Pagar Ghaib Diri / Kawasan Bangunan, Bayi Menangis Malam, Mandi Bunga Pelbagai Hajat. Sekiranya ingin mendapatkan rawatan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.
Post info

Labels: , , ,



Author: Sang Musafir


Geliga Ular tedung ini diperoleh dari seseorang yg tidak saya kenali. Menyerahkannya kepada saya kerana tidak sanggup berdepan dengan ujiannya. Alhamdulillah, selama beberapa tahun menyimpannya, dirumah dan dibawa ke hutan tiada pula saya berdepan dgn ular. Berbeza dengan pemilik asal geliga ini. Saban hari dikunjungi ular dalam berbagai-bagai cara dan rupa utk mengambil geliga ini. Beberapa kali saya gunakan sebagai medium rawatan utk menyedut bisa dan merawat histeria & santau.

Khasiat utama yg menjadi buruan ramai orang, energi pengasihan, penunduk, penggerun, pembungkam mulut musuh, penawar bisa / racun dan juga pembisa. Orang yg memakai barang ini, membuatkan org tidak berani utk berkata lebih terhadap anda. Jika anda pemimpin sebuah kumpulan atau organisasi, inilah medium perantara yg bersifat alami / semulajadi utk tujuan tertentu.

Geliga ular juga merupakan medium pengasihan yang begitu kuat khasiatnya. Tidak hairan jika pemilik geliga ular mudah didekati ramai wanita. Jika diguna kearah yang baik, akan dikasihi dan disenangi oleh orang ramai. Namun jika sebaliknya ( kaki perempuan & menganiaya orang lain ), hajat anda sememangnya akan tercapai. Tetapi harus ingat juga seperkara. Balasan dan timbal baliknya sentiasa menanti. 

Tapi apapun semua ini diatas izin Allah semata-mata, semuanya dari Allah SWT. Janganlah terlalu taksub pada sesuatu benda atau barang bertuah hingga menggadaikan akidah dan iman sebagai seorang Islam.

* Saya tidak berurusan dengan broker-broker barang ajaib untuk geliga ini. Syarat saya cukup mudah. Tidak kira apapun nilai yang anda (broker) sebutkan untuk barang berharga ini, cukuplah bagi saya mahar yang saya kehendaki. Jangan buang masa, petrol dan kredit anda untuk memberitahu saya nilai atau angka-angka yang tidak masuk akal.


* Saya tidak keberatan jika ada pihak ingin menguji keasliannya.



* Pindah milik perlulah berjabat tangan. Barang ini tidak boleh dilakukan pindah milik jarak jauh.

MAHAR PINDAH MILIK : RM 3777.77

( TELAH DITEBUS )

SALINAN RESIT PENGHANTARAN

SALINAN RESIT PENGHANTARAN
Ahamdulillah, terima kasih tidak terhingga dan sekalung penghargaan buat tuan-tuan dan puan-puan yang menyokong saya secara langsung dan secara tidak langsung. Setiap mahar penebusan barang di blog ini sebaiknya saya gunakan sebaik mungkin. Disamping usaha membeli beberapa bahan-bahan sejarah berupa artifak dan barang bertuah untuk usaha saya dalam mewujudkan sebuah galeri mistik. Disini saya lampirkan deretan salinan-salinan resit penghantaran yang saya kumpul selama 2 tahun sejak pembukaan blog ini. Dari berseorangan kini ramai yang menyokong usaha saya. Syukur tidak terhingga diatas ruang dan jalan yang dipermudahkan Allah SWT.