BICARA PEMBUKA

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah." Selawat Sa'adah

“Budak jambi sedang menampi, Alahai budak tinggal sanggulnya, Banyak jampi perkara jampi, Allah jua letak kabulnya”

Adapun setiap barang yang diwujudkan didalam dunia ini berbentuk kayu, pokok, batu, buntat dan kejadian-kejadian ganjil yang wujud disekeliling anda adalah anugerah tidak ternilai Sang Pencipta buat manusia yang mahu berfikir dan mengkaji kerahsiaannya. Alam Melayu ini jika dibentangkan halnya berkenaan perihal ghaib dan mistik, tidaklah cukup akan kertas untuk dijadikan sebuah penulisan. Beruntunglah orang-orang yang tahu menggunakan kelebihan-kelebihan ini sebagai dorongan untuk memperoleh keberhasilan dan keganjilan yang hebat. Dan barang ingatlah wahai teman dan saudara, sesungguhnya setiap yang berlaku itu tetap jua diatas keizinan Allah swt dan Allah sahajalah yang lebih mengetahui akan apa yang terselindung didalam hati dan segala kebaikan buat hambaNya.
Kun Fayakun.

Terima kasih diatas kesudian Tuan/Puan melawat blog ini & memberi sokongan kepada Panji Nusantara.

KLIK PADA TAJUK UNTUK KETERANGAN / KISAH MENGENAI SESUATU BARANG HIKMAH.

Setiap barang dan kejadian adalah berbeza kisah dan ceritanya. Begitu juga kejadian manusia yang mempunyai pelbagai rahsia dan keistimewaan yang tidak sama diantara manusia lainnya.

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI

ILMU QADAM PENDAMPING / PENJAGA DIRI
Ilmu qadam / khadam / pendamping / dampingan diri untuk dijadikan iringan manusia secara ghaib. Sila KLIK pada gambar GUA untuk maklumat lanjut.

!!! AWAS DENGAN BLOG DAN CATITAN TIRUAN !!!!

Terdapatnya pengusaha blog mistik dan pengamal ilmu hikmah yang menggunakan ayat secara copy & paste dari blog atau catitan saya bagi tujuan mengaut keuntungan diatas angin. Sekiranya terjumpa dan mereka mengakui barangan dari saya, sebaiknya tuan/puan rujuk dahulu pada saya untuk kesahihannya. Beringat sebelum terkena. Bukanlah niat untuk mengatakan itu ini kepada sesiapa tetapi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham dan kesilapan yang lebih besar. Harap Maklum.

" Sang Musafir Pengasas Panji Nusantara "

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF

PERUBATAN GHAIB ALTERNATIF
Buang Susuk, Buang Saka, Rawatan Sihir & Terkena Minyak Pengasih, Histeria, Santau, Gangguan Halus, Mencuci Perniagaan Terkena Sihir, Pagar Ghaib Diri / Kawasan Bangunan, Bayi Menangis Malam, Mandi Bunga Pelbagai Hajat. Sekiranya ingin mendapatkan rawatan sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

PELUANG TIDAK MENUNGGU ANDA. RAMAI YANG TELAH BERJAYA.

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Sayangilah orang lain seperti mana kalian menyayangi diri sendiri. Dunia ibarat roda. Hidup umpama layang-layang. Mahu terbang rendah atau tinggi, pilihan sendiri.


Mani gajah yang diperakui ramai akan kemujaraban dan kehebatannya. Ada yang memburu kerana pengasihannya. Ada yang mencari kerana pelarisannya. Berbagai kisah yang sukar diceritakan tetapi dirasai sendiri oleh pemiliknya. Terdapat juga bijak pandai yang menggunakan minyak gajah sebagai bahan campuran untuk menghasilkan minyak pengasih yang kuat dan berkesan. Apa yang terkandung didalam botol  diatas adalah mani gajah yang asli. Untuk digunakan bagi tujuan pengasihan / minyak pelet, mani gajah perlulah melalui proses untuk dijadikan minyak dan diritualkan sebelum boleh digunakan untuk tujuan calit. Rujuklah kepada orang-orang yang pakar dan arif. 


- Pengasihan
- Tuah dan keberhasilan
- Pelaris perniagaan
- Pemanis
- Ilmu pemikat dan rahayu
- Dihormati orang ramai
- Mengeratkan kasih "suami isteri"


MAHARNYA : Sila hubungi saya


Alhamdulillah, buat pencari barang hikmat semulajadi ini. Dimasa ini saya direzkikan lagi untuk berkongsi bersama anda, iaitu barang yang amat susah dicari ini. Tetapi untuk kali ini, hanya sebongkah kecil dan saya canai dijadikan dua permata untuk ditebus.

Ketika memegang sahaja batu ini, tiada kata yg dapat diungkapkan dengan kata-kata utk menggambarkan kehebatan Allah SWT. Buih yang didasar laut menjadi batu dan hikmahnya sangat besar untuk kegunaan hambaNya. 

Teringat dari pesanan guru saya suatu masa dahulu akan khasiat dan kegunaan buih laut ini. Didalam bidang perubatan, paranormal dan persilatan. 

Didalam perubatan ianya dengan izin Allah, berkemampuan untuk menyedut bisa haiwan, bisa sendi dan tulang, pelbagai penyakit didalam perut / badan dan mengeringkan luka selain dijadikan penawar demam. 

Pendekar dan pengamal perubatan menjadikan batu ini sebagai cincin yang mana selain kegunaan perubatan ianya berfungsi sebagai mendinding pemakainya dari ilmu sihir laut dan darat. InsyaAllah, akan terjauh dari gangguan makhluk halus dan hasad dengki musuh. 

Batu ini bersifat sejuk dan memancarkan aura yg baik kepada pemakainya. Elok dibawa berniaga dan urusan kelancaran rezki. Ada wang senang berbelanja, insyaAllah. 

Kaki pancing juga baik menyimpannya. Dengan kesudian tuan/puan menebusnya, dapatlah saya menampung perbelanjaan untuk ke sesuatu tempat dan mendapatkan koleksi yg lain untuk dipamerkan didalam blog ini. 

- Segala macam penawar
- Pendinding ilmu sihir darat dan laut
- Kelancaran rezki
- Wibawa diri
- Pemanis
- Dihormati
- Membuang anergi negatif dalam diri

MAHARNYA : RM380.00


Cara membuat air penawar 
Dengan menggunakan batu buih sebagai perantara ialah dengan merendamkan batu buih didalam air masak selama beberapa minit. Dimulakan dengan selawat dan berdoa kepada Allah agar memberikan penawar kepada pesakit (sifulan bin sifulan). Minumkan pesakit dan baki air penawar disapu pada muka dan kaki pesakit. InsyaAllah, berbagai penyakit dapat diubati.


Sesuai digunapakai bagi mereka yang terlibat didalam pekerjaan berbahaya. Khasiatnya yang ampuh dan dijamin keberkesannya. Barang ini berpenjaga dan ada penjagaannya.
- Penggerun 
- Penunduk
- Pemberani 
- Pendinding 
- Kewibawaan
- Mengelak dari diburu musuh
- Semangat tempur dan kekuatan ibarat seekor harimau. 

Juga dikenali sebagai barang tempur atau perantara barang perang. Sekiranya berhajat, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Perlu diasap kemiyan sebagai penjagaan.

MAHARNYA : RM280.00





Memiliki kekuatan dan rahsia semulajadi / alami yang tersendiri. Digunapakai oleh kebanyakan pengamal ilmiu hikmah dan kebatinan untuk pelbagai tujuan. Mempunyai 100 butir tasbih dan panjangnya hampir setengah depa. 

MAHARNYA : RM300.00




Sebahagian dari serpihan kayu kemuning hitam yang dipanah petir milik saya sendiri untuk dimaharkan kepada yang berhajat untuk memilikinya. Boleh dijadikan campuran untuk tasak hulu keris, cincin dan sebagainya. Mempunyai nilai yang tinggi didalam perubatan. Mereka yang benar-benar mencari barang ini tahu akan kegunaannya. Kepada yang berhajat, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Pembisa

- Jika dijadikan cincin atau menggenggam kayu ini ketika memukul, musuh muntah darah dan bisanya sukar diubati.
- Jika ditasak pada hulu keris / parang, bisanya meresap pada bilah senjata. Mengakibatkan bilah keris sentiasa berkarat tanda bisanya menyerap

- Penggerun dan penunduk manusia, haiwan dan jin (mustajab)
- Jika dipukul orang yang kesampuk / histeria, makhluk yang mengganggu akan kesakitan dan lari
- Khasiat dan tinggi nilai pada rahsia ilmu perubatan Melayu
- Menyedut bisa serangga dan binatang berbisa dengan cara meletakkan kayu kemuning hitam dipanah petir pada tempat gigitan / sengat / patukan
- Banyak lagi rahsianya
- Sesuai disimpan pengamal perubatan alternatif / tradisional



MAHARNYA : RM500.00




******
Apakah persediaan dan persiapan anda?


Peluang untuk mendalami dan mempelajari ilmu rawatan ghaib kepawangan warisan turun temurun. Ilmu warisan ini akan diperturunkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengekalkan kesinambungan rahsia ilmu milik orang Melayu ini. 

Kandungan Ilmu :-
- Persilatan Ghaib Kebatinan Sejadah Hitam
- Ilmu pertapaan 
- Pembukaan hijab 7 penjuru
- Ilmu scan
- Pagar diri / rumah / kawasan / bangunan
- Merawat sihir / santau / gangguan halus
- Ilmu pelaris
- Membuat minyak pengasih
- Membuat minyak penggerun harimau
- Membuang susuk dan raksa dalam tubuh
- Membuang sihir yang ditanam
- Mengisi hajat tertentu pada barang
- Alih hujan / awan mendung
- & Rawatan penyakit penyakit zahir
- Tertib / cara memotong limau
- Membuang sesuatu dalam tubuh menggunakan limau / telur
- Memanggil harimau ghaib

Sekiranya anda berminat untuk mempelajarinya, sila sediakan :-

- Sebentuk jarum jahit
- 7 keping syiling 1 sen
- Kain hitam, kuning & merah 1 meter
- Seketul kunyit
- Bunga kenanga 7 kuntum
- Sebilah keris untuk pengisian ghaib (digunakan sewaktu rawatan)
- Hadir dengan memakai pakaian serba hitam

Fidyah : RM500.00
Tarikh : Sesi pembelajaran adalah pilihan sendiri ( temujanji )

* Untuk pertanyaan, sila hubungi saya terus di talian : 0172598151
----------------------------------------------------------------------------
( Belajar / Menuntut Ilmu Ghaib, Rahsia Ilmu Pawang / Bomoh pusaka Melayu turun-temurun, Merawat sihir / santau / hasad dengki manusia )





Pancha Delima yang telah sekian lama didalam simpanan saya untuk dipindah milik kepada yang berhajat dan mengidam-idamkan untuk memiliknya. Diperoleh sewaktu menuntut dahulu. Kini sedia dilepaskan kepada sesiapa sahaja, insyaAllah.

- Kebal darurat
- Ilmu pengasih, pemanis dan rahayu wanita

- Pancaran sinar diri dari dalam yang mempersona
- Disayangi, disenangi dan disegani orang ramai 
- Tuah, keberuntungan dan penghasilan atas usaha yang dilakukan
- Dipermudahkan didalam mencari rezeki
- Penunduk renungan mata
- Dihormati keluarga, teman dan pihak atasan
- Gerak hati tajam, bisikan melalui qadam
- Tidak dilihat musuh
- Yang berniat jahat akan jatuh sakit
- Akan sering bermimpi sesuatu alamat yang akan disampaikan
- Jalan keluar / penyelesaian sesuatu masalah
- Ilmu perubatan penyakit-penyakit misteri
- Ilmu membuat minyak pengasih
- Pendinding diri dan ahli keluarga dari ancaman musuh terutamanya sihir

* Butiran tentang penjaga & asal usul Mustika ini akan diberitahu selepas pindah milik.

MAHAR PINDAH MILIK : RM1725.25
* Sebarang pertanyaan hubungi saya terus
0172598151



Menerima tempahan senjata untuk tujuan pemakaian diri. Kami sedia membantu anda untuk memiliki senjata peribadi yang mengikut kesesuaian diri. Proses dijalankan berdasarkan ukuran, kesesuaian diri, nama serta waris keturunan jika ada. Syaratnya sediakan 6 jenis logam bersaiz  sebesar syiling 50sen setiap satu. Termasuk sedikit serbuk atau ketulan emas dan perak. Saya hanya membuatkan bilahnya sahaja. Untuk hulu dan sarung, rujuk kepada tukangan yang lain.

Inilah dianatara rahsia seni pembuatan pedang yang terkandung pelbagai pembuka dan kuncian ilmu musuh di medan perang.

MAHARNYA : RM23.13 / 1 inci
* Kebiasaan bilah parang panjang / pedang berukuran 21-25 inci

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya terus untuk perbincangan.



Badar Besi asli dimaharkan kepada mereka yang mengetahui rahsianya dan benar-benar mencari dan ingin memilikinya. Khasiat alaminya sahaja sudah cukup membuatkan banyak hati yang ingin memilikinya. Manakala bagi kegunaan ilmuan hikmah lainnya, sesuai untuk dijadikan perantara pengisian sesuatu ilmu atau kekuatan lain. 


Badar Besi dikenali seluruh nusantara kerana khasiat semulajadinya yang mampu menjadikan seseorang itu kebal. Wallahua'lam. Pada saya mudah sahaja. Jika dijaga amalan fardhunya dan hubungan sesama manusia juga baik, insyaAllah bantuan Allah sering sahaja akan sampai disaat kita memerlukan perlindungan daripada Allah. Yang berkuasa dan berhak keatas setiap apa yang ada diatas muka bumi ini tiada yang lain selain penciptanya. Maksud saya, biarlah apapun yang dipakai kita dan keistimewaan yang kita rasakan, barang tidak memberi bekas kepada kita.

Pernah terjadi suatu masa dahulu, kisah zaman penjajahan komunis. Ada seorang hamba Allah memiliki besi badar dan diatas izin Allah, beliau sering terlindung dari kecelakaan. Pada suatu hari, beliau ditembak oleh komunis. Tanpa disangka-sangka olehnya, tiada satupun peluru menembusi tubuhnya. Spontan terkeluar dari mulutnya ungkapan kepada sahabat yang berada disebelahnya " Aku kebal!!! ". Dengan tidak semena-mena beliau dihujani lagi tembakan musuh. Tetapi kali ini nasib tidak menyebelahinya lagi. Mujur tembakan hanya mengenai beberapa bahagian kaki dan bahunya. ( Sedikit kisah buat renungan bersama ).

- Kebal (Harus Yakin dan menjaga amalan)
- Pendinding kejahatan manusia, sihir dan gangguan ghaib
- Badan menjadi ringan dan kekuatan tenaga atau kudrat berganda
- Menghilangkan kesakitan pada tubuh

MAHARNYA : RM1500
* Satu sahaja
* Hubungi saya untuk pertanyaan dan perbincangan


Batu badar Kalimantan yang mempunyai kerahsiaannya yang tersendiri. Sifat alaminya "Selisih Peluru" dan kekuatan hikmah lainnya menjadi buruan pengamal Ilmu Besi. Ada dikalangan ahli besi menggunakannya untuk dijadikan salah satu campuran besi untuk menghasilkan senjata hikmat seperti keris, pedang dan parang.

Kekuatan Hikmah Alami :-
- Selisih / elak peluru
- Tahan badan
- Penunduk, penggerun dan wibawa diri
- Kebal ketika darurat dan kecemasan (ada amalannya)
- Tenaga / kudrat yang luarbiasa hasil dari tenaga alami yang dipusatkan kedalam tubuh badan.

Qadam Isian yang telah diisikan adalah bagi tujuan :-
- Pendinding diri zahir dan batin
- Ilmu persilatan autocas (gerak/penyerapan ilmu dari qadam)
- Kekuatan firasat dan gerak hati
- Penunduk haiwan liar di hutan
- Ilmu segenggam bumi (hubungi saya untuk pertanyaan)
- Qadam bernama,Tok Indera Padang Kemanggi.

Telah diikatkan ikatan cincin Kuku Kambing yang diperbuat dari logam perak. Masih dalam keadaan baharu dan menanti pemilik yang menebusnya.  Saiz ikatan cincin 15.

MAHARNYA : RM575.25

* Telah ditebus

Qadam bernama Tok Kencana, berasal dari Negeri Tanjung Gilangan. Untuk kegunaan perubatan  & spriritual. Membawa tuah dan kebaikan kepada pemakai dan keluarga. Menolak unsur-unsur kejahatan seperti sihir, santau, hasad dengki, kezaliman serta gangguan halus. Anda akan merasakan gerak hati, firasat dan kepekaan terhadap hal-hal ghaib. Membuka 7 penjuru / pintu rezki.

Kegunaan perubatan : 
- Merawat mangsa sihir, ilmu hitam & gangguan halus / ghaib
- Membantu mangsa segala jenis minyak pengasih
- Mematikan minyak pengasih
- Memagar kawasan / kediaman / harta benda / diri seseorang (pagar ghaib)
- Menghalau makhluk halus
- Menarik/membuang qadam barang
- Membuat pengisian pada barang (bersyarat)
- Membuat pengisian pada keris dan lain senjata (bersyarat)
- Rawatan mandi bunga (jodoh,kerjaya, kehidupan)
- Membuat pelaris

MAHARNYA : RM555.25



Ditemui ketika menggali sarang semut bagi tujuan untuk mendapatkan geliganya. 7 hari sebelum kerja-kerja dijalankan. Petunjuk diperoleh melalui Orang Ghaib yang menjaga kawasan tersebut. Melalui cara pertukaran barang berupa sajian, Orang Ghaib bersetuju untuk membuat pertukaran dan menunjukkan lokasi terpendamnya geliga ini. 


Geliga semut adalah diantara barang bertuah bersifat sejuk dan boleh disimpan oleh sesiapa sahaja tanpa sekatan. Selagi digunakan untuk kebaikan. Memiliki nilai khasiat mistiknya yang tersendiri serta berbeza dengan geliga-geliga daripada haiwan lainnya. Perantara kerezkian yang sangat kuat. sesuai dengan sifat serta tabii makhluk yang bernama semut. Daya serta medan penarikan rezki dari pelbagai penjuru tanpa disangka-sangka. Jika disimpan / digantung didalam rumah akan terjauh dari ancaman manusia, haiwan dan gangguan makhluk halus. Syariat pendinding diri, keluarga, perniagaan dan kediaman. InsyaAllah.

Seperti sifat semulajadi haiwan ini, semut mudah memahami petunjuk bahasa alam akan terjadinya sesuatu bencana dan bahaya. Pemilik geliga ini akan mempunyai keupayaan untuk menafsir dan memahami isyarat alam. Firasat yang tajam.

- Penarikan kerezkian
- Pelaris diri, usaha dan perniagaan yang kuat

- Perantara pembuka medan rezki
- Memabawa tuah, kebaikan dan keberhasilan usaha kepada pemiliknya
- Membuka deria ke-6 (bahasa alam)
- Pemanis dan pengasihan umum
- Tidak putus rezki
- Pendinding ancaman zahir / ghaib untuk diri, keluarga dan harta benda
- Perubatan (bisa, gangguan halus, sihir dll )
- Diletakkan diatas kain kuning pada malam-malam tertentu akan peroleh hadiah dari penjaga geliga
- Geliga ini boleh beranak / bertambah jumlahnya.

MAHAR PINDAH MILIK : RM 1344.25
* Telah Ditebus

Air mata bunian diakui ramai akan keberkesannya dan menjadi buruan bagi mereka yang memerlukan perantara pengasihan yang mujarab dan ampuh. Tidak terkecuali juga golongan-golongan bekerjaya dan peniaga yang berjaya. Sifat pengasihan semulajadinya membuatkan tiap mata yang memandang dan orang yang berurusan menjadi senang untuk mendekati dan tertarik untuk berurusan dengan si pemakai. Mencari teman, mengikat kasih hubungan suami isteri, pasangan curang, menundukkan seseorang, menambah kenalan dan jaringan perniagaan.  Jauh dari ancaman sihir dan aniaya dari kalangan manusia terutamanya musuh-musuh / pesaing perniagaan. Jika dicalit pada seseorang, akan membuat rindu-rinduan. Airmata bunian juga dicari sesetengah pengamal perubatan untuk tujuan menamatkan atau memulihkan sesuatu sumpahan.

- Ilmu calit (pengasih)
- Pengasih umum
- Rahsia pemanis dan pesona diri
- Ilmu pemikat
- Kewibawaan diri dan karisma diri
- Tuah dan keberhasilan dalam berurusan
- Pendinding diri dari serangan sihir dan ancaman musuh
- Mudah didekati oleh pelbagai golongan / lapisan masyarakat
- Terjauh dari fitnah dan hasad dengki
- Urusan menjadi lancar
- Merdu suara / suara didengari dan dihormati
- Dihormati dan disegani kawan / lawan
- Akan menerima kunjungan dari 'Puteri'
- Menyingkirkan aura-aura negatif / jahat pada diri seseorang
- Jika disimpan didalam rumah yang mengalami gangguan, masalah akan lenyap dan aman.

* Minyak ini tidak perlu dipakai. Cukup dengan hanya menyimpannya sahaja. Digunakan hanya untuk tujuan "CALIT" sahaja.

MAHARNYA : RM380.00

Diperoleh dari seekor pari besar hasil pancingan. Selepas didaratkan ikan pari pembawa khabar gembira buat kaki pancing, si ikan telah melahirkan 5 ekor anak pari. Siapa yang mengalami keadaan ini pasti timbul belas kasih dan sayang sesama makhluk. Maka dilepaskan semula kelaut kesemuanya termasuk induknya. Selepas dilihat didalam tong ais dengan hati yg kecewa, si pari telah meninggalkan buntat ini. Ketika itu keadaan buntat masih didalam sarung seperti jelly. Pemilik membawa pulang dan menyimpannya sebagai kenangan.

Selepas memiliki buntat ini, pemilik banyak mengalami pengalaman-pengalaman ganjil dan aneh berlaku ketika turun memancing. Malah rezeki memancing juga dapat dirasakan dengan ketara. Perniagaannya juga semakin baik. Namun ingatlah tuan/puan, makhluk tiada daya. Allah jualah yang menentukan segalanya. Sebagai hambanya, wajar kita mensyukuri nikmat diatas kelebihan yang dijadikan keatas tiap-tiap makhluknya. InsyaAllah, rezeki juga semakin mendekati kita dengan berkat dan selamat dunia akhirat.

- Mendatangkan tuah dan kerezkian tidak disangka-sangka
- Penghanyir memancing (panggil ikan)
- Daya kerezkian yang kuat sesuai dijadikan pelaris
- Penawar racun, santau dan sihir (perubatan)
- Penawar bisa
- Penawar mabuk laut
- Pendinding diri dan keluarga dari ancaman sihir & gangguan laut

MAHAR PINDAH MILIK : RM 1,025.25
* Telah Ditebus / Dipindah Milik



Batu Tok Hitam Harimau Laksmana khusus untuk tujuan ilmu penggerun dan pertempuran. Ilmu Silat yang dimiliki Sang Qadam mudah menyerap kedalam tubuh si pemakai. Kemanapun anda pergi akan diiringi Qadam Harimau sebagai penjaga ghaib. Terjauh dari mara bahaya, malapetaka, niat jahat, khianat manusia dan sihir. Bersifat tidak panas.

- Pendinding diri zahir / batin, niat jahat, pandangan musuh
- Ilmu penggerun harimau laksmana
- Ilmu perisai ghaib
- Suara lantang dan garang seperti seekor harimau
- Kudrat dan kekuatan yang luar biasa semasa bahaya (penyerapan qadam) 
- Langkah menjadi cepat
- Renungan dan firasat yang tajam (pandangan serta deria harimau)
- Mudah mengesan kedudukan musuh
- Pukulan dan sentuhan berbisa
- Persilatan ghaib, mimpi dan autocas
- Mampu memagar rumah atau sesuatu kawasan (kecurian / gangguan makhluk halus)
- Tidak mempan ilmu pengasih kepada si pemakai
- Jika memegang minyak pengasih, akan terbatal kekuatan minyak tersebut
- Sering dikunjungi kelibat Panglima Ghaib dan qadam harimau (tidak mengganggu)
- Menundukkan manusia, haiwan dan jin
- Mudah mengesan jika seseorang memiliki ilmu qadam

MAHARNYA : RM625.25


Mempunyai 13 Qadam Panglima yang menjaganya. Berasal dari seorang Panglima Di alam ghaib. Penakluk ilmu laut dan angin. 13 qadam ini akan dimaklumkan nama-namanya selepas pindah milik.

- Ilmu laut ( gelombang samudra, serigala laut )
- Ilmu persilatan (autocas)
- Alih awan / angin / hujan (jurus)
- Ilmu penggerun musus (pandangan/niat)
- Ilmu penunduk renungan mata
- Wibawa diri dihormati disegani
- Pendinding sihir dan gangguan makhluk halus (ilmu darat / laut)
- Pembalik sihir dan pukulan batin
- Pendinding dari ilmu batin lawan
- Penglimunan (jurusan)
- Tahan badan dari ancaman senjata
- Penyerapan kuasa air & angin (teknik)
- Menarik qadam barang / seseorang (teknik dan jurusan)
- Mudah mendapat isyarat ghaib dari qadam (kebahayaan)

Pemiliknya bakal dikasihi orang-orang sekeliling. Mudah didekati dan hubungan persahabatan semakin erat dan berkembang. Orang yang penakut akan menjadi berani.

MAHARNYA : RM777.25
" Satu Sahaja Untuk Dipindah Milik "

" Si Burung Melilin "


Paruh burung melilin yang banyak manfaat dan khasiatnya dari sudut perubatan. Diburu pengamal perubatan tradisional dan aliran hikmah lainnya kerana manfaat 1000 gunanya dan penawar racun serta bisa yang berkesan dan terbukti melalui kisah-kisah, hikayat-hikayat dan pengalaman mereka yang memilikinya.

Bahagian yang ditunjukkan diatas adalah bahagian paruh yang mempunyai kekuatannya yang berbeza dan ampuh. Dipotong lalu dicanai menjadi permata cincin.

- Membawa tuah serta keberuntungan
- Pendinding dari sihir, santau dan makhluk halus
- Ilmu pengasihan & pemanis diri
- Perubatan tradisional

Untuk kegunaan lain, cara menggunakan dan khasiat-khasiat mistiknya, hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.
MAHARNYA : RM380.00
*Telah Ditebus



Hasil penarikan rumpun serai berbunga tahun lepas. Untuk dimaharkan. Rupanya yg agak berlainan dari permata serai lain dan unik bentuknya. Khasiatnya yang berbeza jika dibezakan diantara batu / permata serai jenis kebiasaannya. Sangat sesuai dimiliki golongan bekerjaya dan mereka yang ingin mencari pengaruh dan kehormatan. InsyaAllah, pemakainya terjauh dari keburukan & fitnah manusia. Sesuai bagi mereka yg ingin menambah kenalan dan memerlukan rangkaian perniagaan yg luas. Gerak hati yang peka dengan keadaan sekeliling dan bahasa alam. Apapun, makhluk hanyalah asbab. Janganlah terlalu taksub dgn barang2 hikmah hingga melupakan yang menjadikannya.

- Pengasihan

- Pemanis seri wajah
- Membawa tuah dan keberhasilan
- Pembuka medan pesona diri
- Wibawa diri 
- Penunduk asihan ( sesuai bagi urusan perniagaan dan merayu seseorang )
- Mata memandang menjadi kasihan
- Pendinding diri dari ancaman santau, sihir dan khianat manusia
- Pelaris usaha, diri dan perniagaan
- Pengabur niat dan pandangan musuh ( perniagaan / kehidupan )
- Rumah menjadi sejuk
- Tujuan perubatan

MAHARNYA : RM230.00


Mempunyai 7 qadam yang berfungsi untuk memelihara keindahan yang terdapat pada barang hikmah ini. Tidak memerlukan penjagaan yang berat. Hanya sedikit zikir diri untuk diamalkan. Teknik berhubung dengan qadam dan penjagaan barang hikmah akan diberikan.

- Ilmu Persilatan mimpi
- Ilmu Persilatan gerak
- Ilmu Tempur Autocas ( kecemasan )
- Ilmu Penggerun renungan mata dan niat
- Penunduk musuh, haiwan dan jin
- Perabun & Selisih musuh
- Pembisa Pukulan
- Pemberat / Penderas Pukulan
- Mengalir bisa pada sentuhan
- Menimbulkan semangat berani dan menghilangkan ketakutan
- Kewibawaan diri
- Membawa tuah kepada pemiliknya
- Melancarkan urusan yang berat dan sulit
- Mematikan ilmu minyak pengasih (teknik/cara)
- Memindah hujan atau awan mendung (teknik/cara)
- Pendinding diri dari sihir, niat jahat manusia dan gangguan halus

MAHARNYA : RM477.25
*Telah Ditebus


Kayu tas dari sudut hikmah dan kegunaannya, kaya dengan rahsianya yang tersendiri. Sifat semulajadinya adalah ditakuti haiwan-haiwan liar dan berbisa. Mampu menundukkan gajah liar dihutan. Ianya juga mampu dijadikan perantara pendinding diri dari gangguan jin dan sihir. Kebanyakan sifat kayu yang bertukar menjadi batu dipercayai menjadi asbab tahan badan. Sesuai bagi mereka yang mencari barang hikmah untuk tujuan tempur. Banyak lagi kegunaan lain yang ada pada rahsia kayu tas. Terutamanya untuk tujuan pertempuran, masuk hutan dan perubatan.

- Penggerun / penunduk manusia, haiwan dan makhluk halus
- Penawar bisa / penyakit sendi
- Pendinding diri dari ancaman sihir, makhluk halus dan serangan manusia
- Rahsia asbab perantara perubatan
- Sentuhan berbisa
- Mampu memindahkan bisa kepada jin yang merasuk pesakit histeria
- Dihormati, disegani dan ditakuti


MAHARNYA : RM2800 ( TELAH DITEBUS )
Azimat yang bakal diberikan

Azimat qadam diperbuat dari besi kuningan

PENGISIAN SEBARANG HAJAT

Anda akan diberikan qadam pendamping sebagai pembantu anda dari sudut yang tersembunyi. Qadam yang diberikan sudah tentu beragama Islam dan bukanlah ilmu saka yang perlu diwarisi. Tiada perjanjian antara anda dan qadam anda. Qadam anda akan bersama anda selama mana anda memerlukannya. Jika sudah tidak memerlukannya lagi, aturannya akan diberikan untuk memulangkan mereka kembali ke tempat asal mereka. Sila baca artikel ini dengan baik agar anda tidak mengulangi soalan-soalan yang sama kepada saya. Saya tegaskan disini, bukan semua orang memahami ilmu semacam ini. Berdirilah diatas landasan syariat dan akidah yang benar agar anda tidak tersilap jalan.


Qadam yang ditebus adalah bagi memudahkan kerja-kerja / usaha anda. Niat perlu betul. Bukan qadam yang memberikan kejayaan. Kerana, kejayaan dan keberhasilan sesuatu yang diusahakan adalah datangnya dari Allah swt. Ilmu yang dijadikan landasan, sandaran, perantaraan hanyalah asbab. Anda harus berfikiran waras yang mana setiap sesuatu itu berlaku dengan izin Allah semata-mata. Niat yang baik, pasti berhasil. 

" Ilmu yang baik, duduknya didalam sarung yang baik. Ilmu yang baik sekalipun, jika digunakan untuk menzalimi dan mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain, tiadalah gunanya. "

SYIRIKKAH MENGGUNAKAN QADAM?
Sekiranya kepercayaan anda adalah secara mutlak kepada makhluk, maka terjerumuslah anda ke dalam syirik. Percaya bahawa ubat-ubatan mampu menyembuhkan penyakit juga adalah suatu pegangan yang salah. Allah swt menjadikan besi, tidak menjadikan pisau. Tetapi dengan akal yang diberikan, manusia menciptakan pisau, kapak, beliung dari besi sebagai kemudahan bercucuk tanam, memotong dan sebagainya. Tetapi ada juga manusia yang menjadikan pisau untuk berbuat jahat dan menganiaya sesama makhluk. Salah pisau atau salah manusia? Manusia itu sendirilah yang menempatkan dirinya kesesuatu arah dan tempat. Sama ada sebagai tanda bersyukur diatas kurniaanNya atau untuk mencari kehebatan.


PILIHAN PENGISIAN QADAM
1) Pengasih, Pemanis, Kerezkian / Pelaris, Kewibawaan, Persilatan dan Penunduk
2) Penggerun Harimau, Penunduk, Ilmu Tempur, Tahan Badan & Kewibawaan

* Selain fungsi yang dinyatakan diatas, pemilik qadam akan :-
- Peka kehadiran makhluk ghaib
- Membawa tuah dan keberuntungan
- Qadam akan menjadi pengawal keselamatan anda secara ghaib
- Gerak hati dan firasat yang tajam
- Mampu merawat hal-hal yang melibatkan makhluk halus
- Menerima barang / hadiah daripada qadam
- Sebelum melakukan kejahatan, teguran dan ingatan akan diterima daripada qadam
Pilihan isian adalah dari DUA jenis yang disebutkan diatas. Anda pilihlah salah satu yang menjadi keutamaan dan diperlukan sebelum menghubungi saya.

SMS nama penuh, nama ibu, tarikh lahir dan tanah kelahiran untuk tujuan isian.

MAHARNYA : RM325.25
( Untuk jarak jauh, sila hubungi saya untuk perbincangan )

* KITAB AMLAN / KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN QADAM DAMPINGAN DIBERIKAN SEMASA PENGHANTARAN
* INI BUKAN ILMU SAKA
* QADAM PENDAMPING TIDAK AKAN MENGGANGGU / MENAKUTKAN TUANNYA
* QADAM YANG DIBERIKAN MERUPAKAN QADAM TINGKAT TINGGI
* SETIAP QADAM YANG DIBERIKAN TELAH DIKUNCI DAN HANYA PEMILIK / PELEPAS QADAM SAHAJA YANG BOLEH MEMUTUSKAN ILMU TERSEBUT

!!! TIDAK PERLU BERTANYA KEPADA SAYA APAKAH PANTANG LARANGNYA. JIKA MAHU YANG TIADA PANTANG LARANG, CARILAH HANTU RAYA UNTUK DIJADIKAN QADAM !!!

::: ILMU QADAM / ILMU KHADAM PENDAMPING / BERDAMPING DENGAN BUNIAN / KHADAM IRINGAN / PREWANGAN DARI KEILMUAN PUTIH :::



Teras Kayu Kemuning Hitam secara semulajadinya memiliki bisanya tersendiri yang mana untuk kegunaan pertempuran dan medium campuran kayu dalam pembuatan sebilah keris yang dipasakkan pada hulu keris. Kesan dari bisa kayu ini mampu mengaratkan bilah keris jika tidak dijaga. Tujuan campuran dalam pembuatan keris adalah kerana bisanya yang digunakan untuk membinasakan lawan yang ditikam atau dihiris. Teras kayu kemuning juga dapat menyedut bisa-bisa yang datangnya dari haiwan dan serangga dengan cara menekup kayu ini ke tempat yg disengat/dipatuk. Dengan izin Allah diatas kelebihan yang dijadikan kepada kayu ini, bisa akan tersedut keluar dan pulih seperti sediakala. Selain dari kegunaan diatas, teras kemuning hitam juga dijadikan pendinding haiwan liar, haiwan berbisa, gangguan halus sewaktu dihutan dan juga medium ketahanan badan.


Qadam yang telah diisikan adalah bertujuan :-
- Gerak Silat Pertempuran
- Pendinding diri zahir / batin

- Gerak hati dan firasat (bisikan qadam)
- Penggerun pandangan niat
- Penunduk musuh
- Pemberat, Penderas pukulan

- Mematahkan niat jahat seseorang
- Mematahkan ilmu pengasih
- Wibawa diri, dihormati dan dipandang masyarakat

MAHARNYA : RM380.00



Misai Harimau didalam keilmuan hikmah, terlalu banyak kegunaan dan kelebihannya. Ilmu turun temurun ini banyak digunapakai oleh orang Melayu suatu masa dahulu. Diantaranya guru-guru Silat, orang-orang besar serta berpengaruh dan penjahat. Tidak kiralah siapa yang memakainya, jika jahat tujuannya maka jahatlah keberhasilannya. Setiap barang yang diciptakan Allah swt baik yang berterbangan, didaratan dan hidup didalam perairan ada kelebihan dan rahsia alam yang tersendiri. Yang mana sukar untuk diperjelaskan dan diperdengarkan. Kelebihan ini hanya dirasakan oleh mereka yang memiliki perantara-perantara alam ini.

Misai harimau ini diambil di sebuah hutan paling utara tanah air. Susuk tubuh harimau dewasa yang kaku tidak bernyawa lagi.

Telah dibangkitkan kekuatan hikmahnya sesuai untuk tujuan pemburu barang-barang seperti ini. Misai ini perlulah dibalut didalam kain yang telah disediakan dan disimpan didalam poket, dompet dan sebagainya dan perlulah sentiasa dibawa bersama. Keterangan lain, akan diterangkan selepas pindah milik.

- Penggerun renungan mata, wajah dan aura diri (manusia/haiwan)
- Pembungkam mulut musuh (manusia/haiwan)
- Penunduk yang ampuh (manusia/haiwan)
- Pendinding diri dari sihir, aniaya dan haiwan
- Wibawa diri
- Aman dari ancaman dan hasad dengki manusia
- Dihormati dan disegani kawan dan lawan
- Nama anda bakal digeruni kawan/lawan/lelaki/wanita/tua/muda 
- Mampu memadam api kemarahan musuh dengan hanya renungan dan niat
- Percakapan anda tidak lagi seperti sebelumnya

* Terlalu banyak lagi kelebihan lain. Jika diamati kegunaan-kegunaan diatas, banyak sekali kelebihan dan kegunaannya yang dapat tuan-tuan fikirkan.
* Kekuatannya berbeza berganda-ganda dari misai harimau biasa. Auranya adalah panas dan kuat sekali.

MAHARNYA : RM700.00 ( TELAH DITEBUS )

ILMU KUBAH BESI

Ilmu ini adalah bertujuan untuk membuat penutup diri zahir / batin. Agar terlepas dari pandangan musuh dan makhluk halus. Satu lapisan besi/tembaga ghaib berbentuk kubah akan mengelilingi tubuh anda, seluas yang anda mahukan. Anda akan merasakan sendiri kelebihannya dan tembok yang terbentuk. 
Bertujuan :-
- Terlindung dari di ilmu scan diri/qadam
- Orang pandai tidak mampu membaca hati serta fikiran anda
- Melindungi diri ketika diancam dan diburu musuh
- Pendinding zahir/ghaib, sihir, makhluk halus, hasad dengki, serangan musuh

FIDYAH HADIR DIRI : RM91.03
FIDYAH JARAK JAUH : RM100.00




MUSTIKA DELIMA RAJA BUNIAN

Mustika Delima ini dijaga oleh 3 Puteri, untuk pelbagai tujuan hajat diri dan perubatan. Sekiranya anda mencari medium perantara ghaib untuk melengkapkan / menambah ilmu rawatan alternatif tradisional Melayu, inilah barang yang sesuai untuk tujuan tersebut. Puteri akan membantu melalui cara ghaib dan anda melakukan hal selebihnya. Semakin banyak rawatan yang dibuat, kekuatan mistik pada Mustika ini (isi dalam) akan bertambah dari sehari ke sehari. Anda hanya perlu memasang asap kemiyan sepanjang tempoh rawatan untuk perhubungan diantara dunia nyata dan ghaib.

KHASIAT :-
- Pengasihan, Pemanis seri wajah
- Pembuka aura pemikat dan penakluk hati
- Orang memandang menjadi sayang dan ingin dekat
- Membawa tuah dan keberuntungan didalam perniagaan / kerja
- Dijauhkan dari bala dan bencana
- Pendinding zahir dan ghaib untuk diri serta keluarga
- Kewibawaan
- Penunduk manusia dan haiwan
- Tidak putus rezeki
- Tahan Badan
- Pembukaan pancaindera ke-6
- Anda tahu orang mengatakan hal anda
- Mendapat bisikan dari Qadam tentang hal yang berlaku disekeliling anda
- Peka kepada kehadiran makhluk ghaib disekitar anda
- Mudah mendapat hadiah dari makhluk ghaib
- Orang-orang ghaib menghormati anda tidak kira dimana anda berada
- Qadam-qadam harimau, ular sakti, helang, buaya, landak, merpati, gajah, akan tunduk kerana tanda yang ada pada anda.


PERUBATAN :-
- Membantu orang terkena sihir
- Penyakit disebabkan gangguan makhluk halus
- Hantu raya / saka
- Membuat pagar atau pendinding
- Membuat minyak pengasih
- Ilmu scan batin pesakit
- Membuat pelaris
- Rawatan jarak jauh
- Membuang susuk, pendamping, dan mengeluarkan raksa dari tubuh pesakit
- Rawatan mandi bunga pelbagai hajat
- dll

MAHARNYA 
Hadir Diri : RM3777.25
Jarak Jauh : tambahan rm300



BATU PETIR HITAM

Batu Petir diburu ramai pengumpul barang mistik, ilmu persilatan dan perubatan alternatif. Memiliki aura / kekuasaan mistik yang panas. Dijumpai pada dahan pokok ketapang yang dipanah petir sekitar tahun 2010.

::: Tahan Badan, Pendinding, Halimunan, Penggerun, Penunduk, Pembungkam, Perubatan, Pembisa, Penawar Bisa, Selisih Musuh, Kekuatan Badan ::::

SALINAN RESIT PENGHANTARAN

SALINAN RESIT PENGHANTARAN
Ahamdulillah, terima kasih tidak terhingga dan sekalung penghargaan buat tuan-tuan dan puan-puan yang menyokong saya secara langsung dan secara tidak langsung. Setiap mahar penebusan barang di blog ini sebaiknya saya gunakan sebaik mungkin. Disamping usaha membeli beberapa bahan-bahan sejarah berupa artifak dan barang bertuah untuk usaha saya dalam mewujudkan sebuah galeri mistik. Disini saya lampirkan deretan salinan-salinan resit penghantaran yang saya kumpul selama 2 tahun sejak pembukaan blog ini. Dari berseorangan kini ramai yang menyokong usaha saya. Syukur tidak terhingga diatas ruang dan jalan yang dipermudahkan Allah SWT.